Sunday, March 6, 2011

PAS KALAH LAGI............................ liabiliti dalam Pakatan Haram

Bermula dengan kebangkitan di Bagan Pinang, Barisan Nasional terus menjana kemenangan di beberapa pilihanraya kecil sehinggalah di pilihanraya kecil Kerdau Pahang dan Merlimau Melaka. Kali ini Parti Islam Se-Malaysia terus dirundung malang apabila calon mereka terus gagal memikat hati para pengundi di kedua-dua pilihanraya kecil (PRK) tersebut. beberapa cakap-cakap yang kurang enak pasti keluar dari mulut para pemimpin pembangkang pada ketika mereka seolah-olah bakal kembali ke zaman kejatuhan mereka seperti dahulu. beberapa isu semasa yang dimainkan gagal menghadirkan gerun kepada parti kerajaan kerana setiap persoalan berjaya di tangkis. dari isu lapuk harga minyak sehinggalah ke isu Felda Bankrap semua sentimen tersebut gagal untuk memecahkan undi kepada UMNO dan BN. jika dilihat di Merlimau dan Kerdau undi Melayu telah mengingkat sekitar lingkungan 80%, undi India telah mencecah 60% manakala yang paling membanggakan ialah undi Cina telah mula mencecah angka 50%. petanda aras sokongan ini perlu bagi menentukan bahawa BN telah mula disenangi dan beberapa isu telah dapat diselesaikan dengan muzakarah dan hemat YAB Perdana Menteri serta barisan pimpinannya yang lain.
Kehebatan Felda menawan perusahaan gula di negara ini yang pernah menjadikan Tan Sri Robert Kuok sebagai manusia paling kaya di Malaysia dan antara terkaya di Asia. Pembelian saham raja gula boleh menjadikan Felda sebagai satu syarikat milik kerajaan yang berjaya selain dari Petronas. bagaimana peliknya pembangkang boleh memainkan isu bahawa Felda bakal bankrap kerana aset tetap Felda hanya tinggaal 1.2 billion. Terbaru Felda telah mengumunkan bahawa aset tetap Felda kini adalah 6 billion lebih, perkara ini tidak pernah didedahkan oleh pembangkang dan Felda juga merupakan pengusaha ladang paling berjaya didunia.
Penolakkan isu semasa yang dibawa oleh pembangkang telah menjadi bukti dan saksi bahawa Barisan Nasional telah bersedia untuk kembali menawan gelombang tsunami yang melanda negara pada pilihanraya umum yang lalu.
Tahniah buat penduduk di Kerdau dan Merlimau