Tuesday, August 31, 2010

1 MALAYSIA MENJANA TRANS FORMASI


Thursday, August 12, 2010

PM KEMBALI BERTUGAS

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak kembali bertugas selepas bercuti selama 2 minggu dengan mempengerusikan mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. Antara yang hadir dalam mesyuarat itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
ABG BUNG MOKHTAR DIBEBASKAN DARI MENJALANI HUKUMAN PENJARA

Kelihatan Datuk Bung Moktar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan tidak dapat menahan kesedihan bersama Isteri Zizie Izzette, selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengenepikan hukuman penjara dengan menggantikan hukuman tersebut dengan denda Rm 1000.00. Bung Dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana berpoligami tanpa kebenaran.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Bung Moktar melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana semuanya berakhir dengan baik selepas melalui proses mahkamah yang panjang.

‘‘Akhirnya ketentuan ditentukan hari ini dan saya berharap ia tamat di sini. Terima kasih kepada peguam saya, pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, keluarga, sahabat handai yang memberi sokongan tidak berbelah bagi dari awal sehingga hari ini.

‘‘Saya percaya, perkara yang baik tetap akan berakhir dengan baik dan ketentuan Allah telah memberikan yang terbaik pada hari ini sebagai hadiah kedatangan Ramadhan pada tahun ini,’’ katanya.

Sementara itu, Zizie Izette turut bersyukur kerana kes tersebut telah selesai serta melahirkan hasrat untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan tenang selain berterima kasih kepada semua

SALAM 1 RAMADHAN



WARGA PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN ZAITON INDAH

DUN SIKAMAT, BAHAGIAN SEREMBAN

MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA BUAT

SEMUA WARGA MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM


Tuesday, April 20, 2010

PKR HABIS 'MINYAK' DI SELANGOR

Setelah PAS Selangor jarang dilihat di kempen-kempen dua anak Ibrahim dari PKR iaitu Zaid Ibrahim dan abang 'tiri' nya Anwar Ibrahim dan DAP semakin sibuk untuk menyiapkan jentera parti mereka bagi bertanding di Sibu, Sarawak, PKR ibarat kuda lumba yang tempang selain dari diserang pelbagai isu peribadi seperti yang diamalkan PKR sebelum ini. Nyata pemilihan Hj Zaid sebagai calon di Hulu Selangor merupakan satu pemilihan yang silap dan terlalu bersifat peribadi. Retorik dari pemilihan itu dapat dilihat kegagalan PKR dalam mendahulukan akar umbi iaitu Cabang di Hulu Selangor. Pengunduran PKR Bekas Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat dari parti tersebut dan menyertai UMNO mampu merungkai permasalahan dalam PKR dan diyakni bahawa beberapa lagi ahli PKR akan keluar parti dan memprotes melalui undi mereka pada Pilihanraya 25hb kelak. Pelbagai gelaran diberikan terhadap calon PKR tersebut yang mana Parti PKR terus dihimpit tekanan apabila beberapa lagi pemimpin mereka mengumumkan keluar dari PKR.

Thursday, April 15, 2010

PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR
Seperti yang diramal P Kamalanathan dari parti MIC mewakili Barisan Nasional menentang Zaid Ibrahim dari PKR mewakili Pakatan Rakyat. penamaan calon Sabtu ini dijangka akan menjadikan saingan 4 penjuru sekira Hindraf dan Blogger Gerakan Anti PKR (GAP) menyertai pilihanraya tersebut. Walau siapa pun saya pasti akan memihak kepada Barisan Nasional seperti yang kita semua tahu bahawa Zaid Ibrahim adalah bekas Menteri Dalam Negeri dan rapat dengan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu dan seperti yang semua tahu beliau bukan lah orang yang disenangi dalam Pakatan Rakyat malah beliau sendiri pernah memilih Datul Nik Aziz sebagai Presiden Pakatan Rakyat dan menolak Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR. Track record beliau di Parlimen sepanjang menjadi Ahli Parlimen amat mengecewakan dan beliau sering di tegur oleh pemimpin Barisan Nasional kerana tindakannya tidak mencerminkan sikap kerajaan. P Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC adalah anak jati Rawang dan menjadi pilihan majoriti penduduk Hulu Selangor.

TAN WEI SHU ISTIHAR KELUAR
PKR

ADUN Bakar Arang
.
Khamis, satu lagi tamparan hebat diterima oleh Parti Keadilan Nasional PKR diatas keputusan ADUN Bakar Arang keluar dari parti tersebut. sebelum ini Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menafikan desas-desus mendakwa bekas Exco Kedah, Tan Wei Shu, merajuk dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan berkira-kira mahu melompat parti, Komen beliau kepada pihak media selepas ceramah perdana di Kota Sarang Semut semalam, Anwar menyampaikan kekesalan Tan Wei Shu diatas spekulasi jahat ini dan berkata Adun Bakar Arang itu kekal komited kepada PKR. Nyata segala yang disebut Anwar Ibrahim adalah andaian beliau semata-mata dan bukti satu lagi pembohongan yang dilakukan oleh beliau apabila Wei Shu mengumumkan keluar PKR.
.
Dalam pada itu, Wei Shu menegaskan, pengundurannya tidak ada kena mengena dengan pelucutan jawatannya sebagi Exco kerajaan negeri Kedah.“Saya tidak ada pilihan selain keluar daripada PKR. Jika saya masih membiarkan diri dipermainkan, bermakna saya turut bersubahat mempermainkan kepercayaan rakyat. “Saya tidak mementingkan apa-apa keistimewaan sebaliknya hanya berhasrat membantu rakyat. Lagi pula saya cuma tahu bercakap benar, tidak seperti orang lain yang bermuka dua dan lidah bercabang.
.
Beliau yang memilih untuk menjadi Adun Bebas juga turut kagum dengan usaha dan teladan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk berbakti kepada rakyat.
.
Dengan tindakan Wei Shu itu, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil Pas, 14 wakil Barisan Nasional (BN), tiga (PKR), satu DAP dan dua Bebas. Tamparan hebat buat Anwar dan PKR bagi menghadapi Pilihanraya Hulu Selangor.

Monday, April 12, 2010


SIAPA CALON BARISAN NASIONAL DI HULU SELANGOR?
.

Khamis ini bakal terjawab segala persoalan berkenaan dengan calon Barisan Nasional di Hulu Selangor. Impian untuk melihat calon dari UMNO bertarung dikawasan berkenaan tidak menjadi kenyataan setelah Pengerusi Barisan Nasional telah memberikan jaminan bahawa kerusi tersebut akan kekal milik MIC.
.
Oleh yang demikian beberapa nama telah kembali menjadi sebutan yang mana bekas calon yang juga Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel sekali lagi menjadi sebutan untuk dikembali dicalonkan, namun pada hemat saya Barisan Nasional tidak akan meletakkan semula Datuk G Palanivel setelah menerima komen balas dari rakyat di Hulu Selangor.
.
Timbalan Pemuda MIC Kebangsaan Sdr V.Mugilan dijangka antara calon yang paling layak bagi menerajui kerusi Parlimen di Hulu Selangor memandangkan beliau adalah Ketua Pemuda Hulu Selangor yang juga anak tempatan yang dilahirkan di Ladang Kerling, Kuala Kubu Baharu, berkelulusan dalam jurusan Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya yang mana kriteria ini amat menepati dengan jaminan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional bahawa BN akan membariskan anak tempatan bertanding di kawasan tersebut.
.
Walaupun terdapat beberapa nama lagi seperti Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel, Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, namun populariti Mugilan tidak dapat dinafikan.
.
Atas semangat 1 Malaysia dan Bagan Pinang mampu menjadikan semangat buat semua warga Barisan Nasional berhempas pulas bagi memastikan 1 lagi kerusi Parlimen PKR terjun ke tangan Barisan Nasional tidak kira siapa juga calon yang bakal diletakkan di Parlimen Hulu Selangor dan hal ini mampu menjadikan PKR semakin hilang arah dan tujuan. Sekiranya PKR meletakkan Datuk Zahid Ibrahim bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu nyata PKR sudah ketandusan calon yang mana orang Kelantan dipilih untuk bertanding di Selangor malah beliau juga adalah calon 'recycle' UMNO.
PERDANA MENTERI MALAYSIA & PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT
Datuk Seri Najib bersama Barack Obama
WASHINGTON 12 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Walter E. Washington Convention Center di sini, sebelum mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di tempat yang sama.

Pertemuan kira-kira setengah jam itu yang membuka lembaran baru dalam hubungan Kuala Lumpur-Washington turut disertai oleh Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan tujuh lagi pegawai tinggi kerajaan.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum ini memberitahu wartawan Malaysia, pertemuan hari ini akan menyentuh pelbagai perkara mengenai kepentingan bersama dan antarabangsa.

Ini termasuk soal perdagangan dan pelaburan, keselamatan antarabangsa dan rantau Asia Tenggara serta peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam konteks dunia Islam.
Najib juga mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden AS, Joseph Biden di kediaman rasminya di sini sebelum kembali semula ke Walter E. Washington Convention Center.

Sebelum ke sidang kemuncak dua hari itu, Perdana Menteri mengambil kesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, John Key yang turut menghadiri sidang kemuncak itu yang disertai oleh 47 pemimpin dunia.

Sidang kemuncak yang bertujuan menangani isu-isu berkaitan senjata nuklear bermula selepas itu dengan majlis perasmian disempurnakan oleh Obama.

Najib akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Hilary Clinton pada majlis makan malam. – IHSAN UTUSAN

Tuesday, March 23, 2010


TAHNIAH DATO HJ ISHAK BIN HJ ISMAIL

Syukur kehadrat Allah diatas izin nya buat julung kalinya Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Seremban dipilih dikalangan ahli UMNO. Dato Ishak Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Seremban telah dipilih oleh Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Seremban. Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh MCA yang juga calon bagi kerusi Parlimen Seremban namun setelah kekalahan pada pilihanraya yang baru lalu UMNO telah diberikan kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab berat tersebut. Berdasarkan pengalaman yang ada pada Dato Ishak saya yakin beliau akan berjaya mengembalikan semula kerusi-kerusi yang telah hilang kembali semula kepada pangkuan Barisan Nasional.

Tuesday, March 9, 2010

MAJLIS MAULIDUR RASUL ANJURAN
WANITA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN
Pada 06 Mac 2010 satu program keagamaan telah dijalankan oleh Wanita UMNO Bahagian Seremban. Pada program memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W tersebut telah dirasmikan oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Ybhg Datuk Kamelia Dato' Ibrahim, turut serta didalam majlis yang dihadiri oleh 400 hadirin tersebut adalah Ketua UMNO Bahagian Seremban Dato' Hj Ishak Bin Hj Ismail dan Ketua Wanita UMNO Negeri Dato' Norhayati Bt Omar yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah










Monday, March 8, 2010

ANWAR GAGAL DALAM RAYUAN TERAKHIR
Putrajaya, Mahkamah Persekutuan semalam telah memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Haji Mahathir Bin Mohamad mempunyai kuasa dan mematuhi Perlembagaan ketika memecat Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan 11 tahun lalu.
Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdul Hamid Embong telah sebulat suara menolak rayuan terakhir Anwar untuk mengetepikan keputusan pemecatan yang berkuat kuasa pada 2 September 1998 sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan (fungsi dan kuasa Yang Dipertuan Agung untuk melantik dan memecat seorang menteri kabinet) hanya satu formaliti berdasarkan kepada kedudukannya sebagai Raja Berpelembagaan. Perdana Menteri boleh memutuskan seorang menteri seharusnya dipecat daripada jawatannya, maka Baginda tidak boleh menolaknya.

PROGRAM SOAL JAWAB

TV3 BERSAMA MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDIN

MANTAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1

PULAU PINANG


video

video

Tuesday, March 2, 2010

16 SEPTEMBER 2010
HARI PEMBUBARAN PAKATAN RAKYAT
Jika dahulu Anwar Ibrahim telah menggegarkan negara dengan kenyataan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan mengandaikan bahawa ramai Ahli-ahli Parlimen BN akan melompat parti bagi menyertai Pakatan Rakyat dan membentuk Kerajaan Malaysia yang baru, namun semua itu hanya angan-angan kosong. Malah jika memetik kata-kata beliau semasa di Pulau Pinang ketika beliau menjawab satu soalan berhubung dengan perkara tersebut beliau telah memaklumkan bahawa beberapa ahli-ahli Parlimen MCA bakal menyertai PR namun sehingga ke hari ini PKR sendiri di Pulau Pinang sudah dan bakal kehilangan ahli-ahli Parlimen nya. Marikan para-para blogger PRO Kerajaan menyokong usaha ini untuk bersama menjadikan tarikh itu sebagai satu hari yang bakal menjadi sejarah apabila PAKATAN RAKYAT yang diimpikan Anwar hancur lebur disebabkan oleh beliau sendiri. 16 September 2010 hari pembubaran Pakatan Rakyat...............................

Ahli Parlimen Bagan Serai pula umum keluar PKR

KUALA LUMPUR - Sepertimana ramalan Salehuddin Hashim, hari ini seorang lagi Ahli parliman PKR, Bagan Serai, Mohsin Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.Mohsin, 65, merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Mereka ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).Kelmarin, bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.


by aidc editor on March 3, 2010 12:07 PM

ihsan aidc news

ORANG KUAT PKR PULAU PINANG KENA "TAMBAT"


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Ybhg En Mohammad Fairus Khairuddin telah mengumumkan untuk keluar dari PKR dan memilih untuk menyertai UMNO, ini menandakan UMNO sahaja yang mampu menjadi sebuah parti pemerintah yang hebat. Memetik kata-kata Yb Datuk Zaharin bahawa Mohammad Fairus adalah lambang kebangkitan PKR didalam kerajaan pembangkang Pulau Pinang walaupun Timbalan Pengerusi Keadilan Syed Hussin menyifatkan Fairus adalah satu liabiliti kepada PKR. Doa dan harapan moga lebih ramai lagi ahli Pembangkang PKR, DAP mahupun PAS segera sedar bahawa Anwar kini sudah mula lupa akan perjuangan asal nya malah bakal menggadaikan negara sekiranya beliau berjaya dengan cita-cita nya. Selamat berjuang wahai YB-YB Bebas................................

Wednesday, February 17, 2010

PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT
ANURAN UMNO CAWANGAN PANTAI/PANTAI SETIA
DAN DUN SIKAMAT
BAHAGIAN SEREMBAN












PANTAI, pada 15 Februari 2010 telah berlangsung satu program yang penuh meriah ajuran UMNO Cawangan Pantai dan Pantai Setia dan turut disertai oleh UMNO Dun Sikamat. Pelbagai program diatur untuk memeriah program tersebut yang dihadiri oleh 2000 penonton dan peserta. Pada program yang dirasmikan oleh Ybhg Dato Haji Ishak Bin Haji Ismail itu para hadirin turut dimeriahkan dengan persembahan Dato A Rahman Hassan dan Ali XPDC. Anjuran program seumpama ini dapat memupuk semangat cintakan parti dan memberi peluang kepada semua ahli UMNO mengenali sesama mereka bagi memperkukuhkan ukhwah jati diri ahli itu sendiri. Program ini juga mampu menjadikan medan bagi UMNO mendekati ahli dan pengundi bagi mengembalikan semula sokongan terhadap UMNO disamping kecelaruan Pakatan Rakyat yang mula meragui sesama sendiri. Program yang dilancarkan oleh Presiden parti tempoh hari merupakan satu wadah baru UMNO dalam mengembalikan semula kepercayaan pengundi terutama buat UMNO dan Barisan Nasional khas nya. Program-program yang diaturkan juga dilihat amat bertepatan kerana ianya memberikan peluang buat setiap ahli parti turut serta dalam program-program yang diadakan tanpa mengira usia. Tahniah buat Ketua UMNO Bhgn Seremban Ybhg Dato Hj Ishak Bin Hj Ismail kerana berjaya berjaya menganjurkan program ini dengan meriah dan berjaya.
"UMNO JUARA RAKYAT"

Saturday, February 6, 2010

Jangan layan Nik Aziz

Orang tua Menteri Besar Kelantan ini sekali lagi membuat pusingan u dalam pendirian beliau berhubung dengan kerjasama bersama UMNO. Adakah kerana beliau telah melihat kejatuhan Pakatan Rakyat yang kini teruk diserang oleh rakyat Malaysia yang semakin melihat kehancuran di Negeri-Negeri tadbiran pembangkang. Ketua umum PKR sekarang sedang menghadapi tuduhan liwat di mahkamah dan DAP pula teruk dihentam di Pulau Pinang oleh rakan Pakatan sendiri. Melihat keruncingan isu yang serius orang tua MB Kelantan memilih untuk kembai menaut kerjasama bersama UMNO yang pernah dikafirkan nya dahulu serta ingin mendoakan agar Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia di turunkan bala oleh Allah s.w.t.
Seolah-olah orang yang tiada prinsip hidup apabila kerajaan Kelantan dilanda pelbagai kontroversi bermula dari tajaan haji, perlantikan menantu (kronisme) sehinggalah isu saman 800 juta terhadap kerajaan negeri dan isu tuntutan royalti minyak. Ibarat anjing tersepit Parti Sekular Malaysia (PAS) ini amat memerlukan pimpinan UMNO kerana umum mengetahui bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang kuat. Kekuatan mereka hanya terletak di tangan PKR yang didokong oleh mantan Timbalan Presiden UMNO.
Ahli UMNO dan rakyat Malaysia khasnya sudah pasti jelik dengan sikap MB Kelantan ini apabila sering memutarbelitkan pendirian beliau. Saya selaku ahli UMNO yakin bahawa terdapat muslihat didalam pendirian beliau berhubung dengan kerjasama bersama UMNO tersebut.
Sejak dari beliau berjawatan Ketua Penerangan PAS pusat sehinggalah kehari ini beliau berjawatan Mursyidul Am PAS beliau tidak pernah mahu bekerjasama dengan UMNO dan sering mentafsirkan bahawa UMNO adalah parti yang sesat dan kafir. Bukan ingin menolak pedamaian tetapi sabar manusia ada hadnya, kini beliau sekali lagi menabur minyak seolah-olah mahu melicinkan segalanya namun pada akhirnya beliau sendiri akan menyalakan api untuk memusnahkan semua yang dirancang itu lah Nik Aziz.
Jika UMNO menerima lamaran PAS ini nyata rakyat akan melihat bahawa UMNO amat terdesak memerlukan PAS dalam hala tuju politik mereka kerana PAS sudah banyak kali menghentam UMNO tidak kira masa dan tempat. Orang melayu sudah kembali bertaut bersama UMNO dan biarkan lah Nik Aziz dan PAS terjun bersama labu-labunya.................

Tuesday, February 2, 2010


Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dikritik oleh pemimpin sendiri. Riak gaya pimpinan DAP di Pulau Pinang semakin menunjukkan kegoyahan apabila mereka bertelagah sesama sendiri. Parti Keadilan yang seperti dinyatakan oleh Ketua Umum mereka yang mana DAP adalah 'geng' mereka ketika berkempen di Kg Buah Pala secara perlahan-perlahan diketepikan oleh DAP. PKR semakin hilang kuasa di Pulau Pinang. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim lantang mengkritik pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang dikatakan diktator, cauvinis dan berfikiran komunis dan beliau juga turut dikritik oleh Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Tan Tee Beng yang juga yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal mengakui wujud desakan daripada kepimpinan tertinggi PKR yang memintanya ‘menutup mulut’ tetapi beliau menegaskan, pada masa ini kebenaran lebih penting daripada segala-galanya Tee Beng berkata, beliau terpaksa membuat kritikan secara terbuka itu memandangkan aduan demi aduan melalui saluran parti sebelum ini tidak diberi perhatian yang sewajarnya.. Pimpinan PKR telah mengambil langkah dengan membawa pemimpin PKR yang lantang mengkritik pelbagai isu berkaitan dengan pimpinan Pakatan Rakyat ke Jawatankuasa disiplin parti termasuk YB Zulkifli Noordin Kulim Bandar Baru yang lantang mengkritik parti PKR itu sendiri.
Di Selangor PKR dan Pakatan Rakyat juga teruk dilanda kontroversi semakin goyah apabila cabang pimpinan YAB Menteri Besar terpaksa dibubarkan kerana sebahagian besar A.J.K Cabang itu meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu dan menyertai UMNO. Ahli Parlimen Shah Alam Bro Khalid dari PAS digantung selama 6 bulan dari parti dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali diberikan amaran bertulis
Pakatan Rakyat semakin tenat, tambahan pula pemimpin utama mereka sedang menghadapi tuduhan liwat. retak menanti rebah............................... Tahniah buat media nasional apabilan pembangkang telah mula mengunakan khimat mereka walaupun sering dikritik teruk sebelum ini.
PERBICARAAN KES LIWAT DSAI BERMULA
Bermula dengan ponyokong yang lantang mencaci dan memaki hamun petugas media, polis dan lain-lain seorang penyokong DSAI telah pengsan dan telah dikejarkan ke Hospital. Adakah itu petanda buruk bagi DSAI? setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya, akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes itu bermula petang ini. Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden Datuk akan mengetuai pihak pendakwaaan. Anwar tiba di mahkamah pagi tadi dengan disambut oleh 200 penyokongnya. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan yang mana Saiful Bukhari Azlan adalah saksi pertama pendakwaan.
AGENDA YM KU LI

Mengikut Akta Petroleum 1974 adakah didalam meyebut Kelantan wajar menerima royalti minyak dari Kerajaan Pusat? Soal ini semakin panjang apabila seorang pemimpin UMNO yang terkenal dengan "track record" nya membuat keputusan membelakangi kerajaan mahupun parti sendiri. Bekas pemegang portfolio Menteri Kewangan ini kembali meletakkan dirinya di landasan kontroversi sekali lagi. Bekas pemimpin Semangat 46 ini semakin sukar dibaca niatnya apabila beliau sepentas bersama pemimpin-pemimpin PAS Kelantan yang semakin bergolak dengan isu dalaman cuba meneggelamkan isu tersebut dari perhatian penyokong-penyokong mereka. Ku Li kini telah menjadi "kuli" PAS dalam menegakkan isu ini. Apakah niat yang terselindung didalam hati Ketua UMNO Bahagian Gua Musang ini? Kenapa beliau sanggup sepentas bersama pemimpin-pemimpin PAS Kelantan? Adakah beliau lupa yang mana PAS sering membuat tuduhan-tuduhan melampau terhadap pemimpin-pemimpin UMNO. Adakah beliau lupa akan hal tersebut? memetik kata-kata beliau didalam Utusan 03.02.10 “Isunya ialah apa yang undang-undang kata. Undang-undang ialah Akta Pembangunan Petroleum yang membawa kepada kelahiran Petronas dan memberi Kelantan dan Terengganu hak perundangan kepada lima peratus hasil minyak yang ditemui di pesisir (pantai),” katanya. Adakah petroleum yang ditemui itu masih berada dalam lingkungan pesisir pantai negeri Kelantan? Malah Tun Dr M sendiri tidak boleh menerima sikap Ku Li yang mana Tun menyatakan bahawa beliau menegaskan Tengku Razaleigh Hamzah tidak wajar menggunakan pentas pembangkang bagi menyuarakan isu royalti petroleum yang dituntut kerajaan Pas Kelantan. Bekas Perdana Menteri berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu boleh mengadakan perjumpaan untuk membincangkan perkara itu secara langsung dengan Datuk Seri Najib Razak jika Perdana Menteri bersetuju. "Saya fikir dia utamakan Kelantan lebih daripada kerajaan. Saya fikir dia sudah terbahagi kesetiaan, satu kepada parti, satu lagi kepada negerinya.
Melihat daripada kenyataan Pegawai Khas Tengku Razaleigh, Muhd Lukhman Ghani “Penjelasan Ku Li berhubung isu royalti minyak untuk kebaikan rakyat Kelantan supaya rakyat di negeri dikuasai pembangkang itu akan berterima kasih dan kemudian menyokong Kerajaan Pusat kerana apa yang mereka kehendaki dipenuhi,” Rakyat Kelantan tidak akan berterima kasih kepada kerajaan hanya kerana bantuan daripada Ku Li tetapi sokongan terhadap pimpinan PAS Kelantan akan menjadi lebih kuat kerana usaha yang digerakkan oleh mereka telah berjaya. Siapa yang tidak faham politik?
Pimpinan UMNO harus segera membuat tindakan berhubung dengan sikap yang Ku Li yang menyokong pembangkang dan jangan jadi seperti PKR yang lambat mengambil tindakan terhadap YB Zulkifli Kulim Bandar Baru.

Monday, February 1, 2010

ADUKA-ADUKA.................

Kalau ikutkan babak-babak cerita semerah padi
Aduka dah parah kena sebat dah nasib baik x kena hukum sula je
nasib baik la orang kampung kalau tak entah la........
dah nasib tak baik
ape orang kata
"terlajak taip boleh backspace, terlajak kata kedalam jawapnya"
bak kata Karam Singh
"cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"

Buat blogger semua tak kira la pro ke atau yang tak pro ke kerajaan ke saya berpesan pada
diri saya sendiri serta rakan blogger yang lain agar setiap tutur kata dikawal agar tak terlebih dari batasnya

cerita beberapa blogger bakal dikenakan tindakan undang-undang diatas kelancangan mereka
boleh dijadikan iktibar dalam bercerita

Wednesday, January 27, 2010

MAKLUMAN CERAMAH

OLEH KETUA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN YBHG DATO HJ ISHAK BIN HJ ISMAIL BERSAMA BEKAS SETIAUSAHA SULIT ANWAR DI KEMENTERIAN KEWANGAN SDR ANUAR SHAARI

BERTEMPAT DI BALAI RAYA TAMAN AMPANGAN, 70400 SEREMBAN, N.SEMBILAN

JAM 8.30 MALAM

SEMUA DIJEMPUT HADIR

"CERAMAH YANG BAKAL MENGGABUNGKAN SEORANG TOKOH YANG MENGGEGAR PWTC PADA PERHIMPUNAN AGONG UMNO TEMPOH HARI BERSAMA BEKAS ORANG KUAT KEADILAN YANG PASTI AKAN MENGGEGAR DAN MENARIK UNTUK DITONTON"

Friday, January 15, 2010

Friday, January 15, 2010

KERAJAAN KELANTAN 'CEKAP' MENGURUSKAN KEWANGAN

Kerajaan Kelantan memang 'cekap' dalam bab pengurusan ekonomi serta kewangan negeri. Sekelip mata dapat 'untung' RM 50 juta.

Ikuti kisah ini yang saya petik dari blog kickdefella dan ulasan saya di bahagian bawah.

Akibat langsung daripada kepandaian terlampau Almenantunya Nik Abdul Aziz, mesyuarat exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta.

Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin.

Pada 6hb Mac 2008, iaitu dua hari sebelum pilihanraya umum ke 12, YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan 2 buah persatuan perniaga dan penjaja di sekitar Kota Bharu. Di antara lain, kandungan MOU itu menjanjikan bahawa Projek Bazaar Tok Guru yang akan dimajukan oleh PMBK adalah sebuah projek tidak berorientasikan keuntungan. Ia lebih kepada hasrat murni MB untuk melihat para penjaja dari pasar lambak arked UDA dan peniaga pasar lama MPKB mendapat tempat baru yang lebih selesa untuk meniaga.

Tetapi, seperti yang didedahkan didalam blog ini sebelum ini, Almenantunya Nik Abdul Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab Rahman telah dengan penuh rendah diri memperhambakan harta kerajaan kepada pemaju swasta bernama Sensa Timur Sdn Bhd.

Ariffahmi yang memakai gelaran Ir. tanpa ditauliahkan untuk menurunkan tandatangan sebagai seorang jurutera profesional telah masuk ke dalam rundingan dengan Sensa Timur Sdn Bhd bagi memajukan sebidang tanah Kerajaan Negeri di Jalan Sultan Ibrahim iaitu tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tanah seluas 5.9 ekar itu pada asalnya dirancang untuk dimajukan sendiri oleh PMBK bagi pembinaan Hotel dan Servis Apartmen Madinatul Raudhah.

Di dalam perjanjian yang amat bijaksana oleh Almenantunya Nik Abdul Aziz, seluas 1.5 ekar diperuntukan untuk pembinaan Bazaar Tok Guru. Baki 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta pula dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd sebaik sahaja Bazar Tok Guru disiapkan oleh Sensa Timur. Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian itu, hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazar Tok Guru itupun selepas PMBK membayar balik sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang Almenantunya yang bijaksana pinjam bagi PMBK dari pemaju Sensa Timur itu. PMBK dan Kerajaan Negeri tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan di tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama hampir satu abad.

Apabila dipersoalkan oleh seorang exco kewarasan untuk masuk perjanjian dengan Sensa Timur, Almenantunya berkata ia adalah kerana Sensa Timur telah bersetuju untuk menderma bagi sekolah Tok Guru di Pulau Melaka. Sekolah tersebut diuruskan oleh anak-anak lelaki Nik Aziz.

Antara punca kecurigaan di dalam pemberian kontrak kepada Sensa Timur ialah kerana sebelum ini Sensa Timur telah membina Bazar Tengku Anis yang menghadapi banyak rungutan daripada peniaga. Diantara alasan mengapa peniaga tidak mahu berpindah ke situ ialah kerana ruang niaga yang amat sempit. Akibatnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam terpaksa mengambil tindakan ‘Islamik’ dengan satu aksi ‘bail out’ berjumlah lebih kurang RM18 juta kepada Sensa Timur berserta pemberian tapak dan bangunan Pasar Lama MPKB di tengah-tengah bandar kepada Sensa Timur dengan hanya berharga RM3.8 juta sahaja.

Urusan ‘Islamik’ MPKB Bandar Raya Islam kepada Sensa Timur ini menimbulkan seribu satu pertanyaan, kebetulan pula di dalam proses Membangun Bersama Islam, seorang mak Datin dari pihak Sensa Timur mempunyai hubungan amat intim dengan Datin Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Aziz dan ibu mertua kepada Almenantunya. Apatah lagi abang ipar Almenantunya yang menjolok dirinya sebagai Al Fadhil Nik Abduh Bin Dato’ Nik Abdul Aziz duduk sebagai Ahli Majlis MPKB Bandar Raya Keluarga Islam Pulau Melaka.

Di dalam waktu yang sama, Al Fadhil abang ipar ini yang juga ahli lembaga pengarah sebuah lagi agensi milik Kerajaan Negeri telah memindah nombor pendaftaran PAS 17 miliknya dari SUV CRV ke sebuah MPV bernilai lebih kurang RM240,000. Al Fadhil juga dilaporkan baru membeli rumah kedai bernilai RM500,000 di Rantau Panjang.

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bersetuju untuk memberikan tingkat 1 (tingkat bawah) Bazar Tok Guru sebagai tempat penempatan semula para penjaja dan peniaga yang akan berpindah ke situ dari tapak lama mereka di Arked UDA dan Pasar Lama MPKB. Apabila Almenantunya membuat perjanjian yang bijaksana yang berorientasikan keuntungan maha besar sebagai hantaran kasih sayang kepada Bapa Mertuanya, para peniaga ini telah diarahkan membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 sahaja. Tingkat bawah telah Almenantunya berikan kepada Sensa Timur dan termaktub di dalam perjanjian.

Membangun Bersama Islam mesti cakap serupa bikin. Jadi para exco terpaksa bertungkus lumus mencari penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan air muka Tok Guru yang masih beranggapan Almenantunya adalah lelaki muda terhebat di Kelantan. Kemelut ini akhirnya terhumban ke atas bahu YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yacob.

MB berhadapan dengan tindakan saman oleh Sensa Timur jika ianya bertindak dengan tidak menghormati perjanjian PMBK dengan Sensa Timur. Almenantunya pula sudah mengambil deposit dari pihak-pihak yang diberi diskaun membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 Bazar Tok Guru. Akhirnya Kerajaan PAS Kelantan yang dilantik oleh rakyat untuk membela rakyat terpaksalah mengambil RM23 juta dari kantung kecil Perbendaharaan Negeri untuk membayar pampasan kepada Sensa Timur Sdn Bhd.

Maka akan larilah bajet sebanyak RM23 yang sepatutnya digunakan untuk faedah rakyat yang mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

Kerajaan Negeri akan kehilangan hampir RM50 juta. Hampir RM30 juta ialah kehilangan dari hasil pemberian tanah Kerajaan Negeri kepada Sensa Timur dan RM23 juta kerana menebus maruah Tok Guru dengan mengambil balik tingkat bawah Bazar Tok Guru. Ini adalah jasa besar Almenantunya Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Menantu kaki bohong
Namanya Ariffahmi.

Sumber : Kickdefella

pak ajis sudah dipenghujung karier nya sebagai "Gus Dur" Malaysia
menatu pula buat huru hara
dua setiausaha dah hilang entah kemana
tinggal pak ajis menunggu masa ditebas oleh husam musa
BISHOP NUAR NGAN PR YANG SOKONG
KENAPA UMNO JADI MANGSA?

Masih ingat kata-kata bro nuar "para bishop-bishop mai pakat sokong pakatan rakyat, semua jangan risau, saya ada saya janji akan bantu" kalau lupa sila le buka you tube @ anwaribrahim.com. Hari ni baca paper je terus nampak cerita si Bishop Khalid Samad Shah Alam ngan Siti Mariah Kota Raja. Seorang kritik MAIS & JAIS (dibawah exco Datuk Hassan Ali) sorang lagi tuduh UMNO jadi dalang bakar gereja. apa punya pelik la pemimpin-pemimpian Parti Sekular Malaysia @ PAS, kuman seberang laut dia nampak tapi gajah depan mata. Terang-terangan Nuar Berahim dan son erdogan dia si Khalid Samad sokong puak Kristian menggunakan khalimah Allah dalam majalah terbitan mereka sampaikan MAIS dan JAIS pun kena balun, marah betul dia ni kat Datuk Hassan Ali. Sehingga ke hari ni masih belum dengar komen-komen yang bernas dari PAS yang bertopengkan islam mungkin mereka masih menunggu green light dari de-factor PR mereka untuk menghujahkan komen-komen mereka. Dua tiga kuncu mereka gagal dalam memporak peranda kan isu ini kerana jati diri umat islam di negara ini bukan mudah diperkotak-katik kan (selain segelintir ahli PAS Perak). Allah hanya untuk umat yang mempercayai kewujudan dan keagungan nya dan bukan hanya untuk ditulis atau disebut seperti yang diminta kristian. Para pemimpin PR jangan la cuba menangguk di air yang keruh, isu ciptaan nuar berahim ini semata-mata hanya untuk mengaburi penyokong-penyokong nya yang sedia buta supaya isu liwat nya dapat dialihkan dari perhatian umum. Nasihat buat sorang Yb Perempuan yang cuba nak popular untuk meraih perhatian kerana dia semangnya sering dilupakan, Yb Siti Mariah jaga la kawasan anda yang anda menangi bukan kerana kehebatan anda cuma rezeki dan takdir yang Allah sudah menetukan kerusi itu untuk anda. Cari la isu yang lebih membangunkan islam bukan meruntuhkan islam dan memecah belah kan nya. sejahat-jahat umat islam sekalipun kita tetap bersaudara. jangan kerana sokongan dan undi Yb lupa diri dan arah tuju hidup.

Sunday, January 10, 2010

TAKZIAH BUAT DATO HAJI ISHAK BIN HAJI ISMAIL KETUA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN

Warga UMNO Bahagian Seremban mengucapkan takziah buat Ybhg Hj Dato Ishak Bin Ismail diatas pemergian bapa mentua beliau semalam. Diringi doa buat Allahyarham moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Al-Fatihah

Wednesday, January 6, 2010

Mahkamah benar permohonan Menteri Dalam Negeri isu 'Allah'
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam majalah Herald-The Catholic Weekly sementara menunggu rayuan kes itu. Hakim Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan itu dalam kamarnya, yang turut dipersetujui Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam yang dinamakan sebagai responden.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku pemohon, berkata permohonan itu dibuat kerana kes berkenaan membabitkan kepentingan negara. Katanya, kedua-dua pihak juga tidak perlu mengemukakan hujah panjang lebar yang boleh menyebabkan permohonan itu berlarutan dalam jangka masa yang lama bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan ketegangan dalam negara berhubung isu itu. "Saya berterima kasih kepada responden kerana bersetuju dengan permohonan penangguhan ini dan kami akan berusaha sedaya upaya supaya rayuan kes dapat didengar secepat mungkin dan percaya ia akan didengar dalam masa terdekat.

"Saya berharap semua pihak tidak memberi persepsi yang salah hanya kerana kes ini didengar dengan segera... tiada yang salah dalam hal ini malah di Australia permohonan penangguhan didengar beberapa hari selepas sesuatu keputusan dibuat. "Oleh kerana kedua-dua pihak bersetuju dengan permohonan ini, maka kes rayuan juga hendaklah dijalankan tanpa perlu berlengah demi kebaikan negara. Saya harap keputusan mahkamah hari ini dihormati dan tidak disalah anggap," katanya. Abdul Gani turut menolak anggapan sesetengah pihak bahawa kes itu seolah-olah disegerakan kerana ia mendapat tekanan daripada masyarakat. Beliau meminta semua pihak dapat memberikan ruang supaya kes berkenaan berjalan dengan sempurna.
Katanya, Lau juga memaklumkan kepada semua pihak bahawa alasan penghakiman akan diberikan secepat mungkin bagi membolehkan prosiding rayuan dijalankan segera. Abdul Gani turut menempelak soalan dikemukakan seorang wartawan asing yang mahukan kepastian sama kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Syariah. Katanya, media tidak seharusnya
menyebarkan khabar angin dan perlu memahami kedudukan beliau yang tidak mempunyai bidang kuasa syariah. Sementara itu, peguam responden, Derek Fernandez, berkata pihaknya bersetuju dengan permohonan berkenaan demi keamanan negara dan meminta mahkamah mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berhubung kes itu di luar mahkamah. Pada 31 Disember lalu, Lau membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur dan mengisytiharkan bahawa kalimah 'Allah' bukan eksklusif kepada Islam saja. Dalam penghakiman lisannya, beliau berkata, Herald
mempunyai hak dari segi perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu bagi menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya. Lau juga mengisytiharkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari tahun lalu yang memberikan permit penerbitan kepada Herald bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009 dengan syarat ia dilarang menggunakan kalimah 'Allah', adalah batal dan tidak sah.
Pada prosiding semalam, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan turut diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, Suzana Atan, Andi Razalijaya A Dadi, Mahamad Naser Disa dan Arik Sanusi Yeop Johari. Responden pula turut diwakili peguam S Selvarajah, Benjamin Dawson dan Annou Xavier. Terdahulu, Lau menolak permohonan peguam Abdul Rahim Sinwan, Zainul Rijal Abu Bakar dan Haniff Khatri yang mewakili enam Majlis Agama Islam untuk hadir sama dalam prosiding permohonan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu. Tujuh majlis itu ialah Majlis Agama Islam Terengganu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Agama Islam Johor dan Majlis Agama Islam Melaka serta Pertubuhan Cina Islam Malaysia (Macma).
sumber berita harian 07 Januari 2010
Anwar yang terdahulu dalam ceramahnya pernah menyeru bishop-bishop (paderi) menyokong Pakatan Rakyat dan menjanjikan kesamarataan agama termasuk Agama Islam bukan lagi keutamaan demi kepentingan politik Pakatan Rakyat termasuk PAS. Hari ini kaum Kristian yang terlalu sedikit jumlahnya di Malaysia sudah berani bersuara dan menunjukkan belang mereka, ini terjadi kerana manusia jahil seperti Anwar Ibrahim yang mudah menabur janji tetapi akhirnya setiap yang dijanji tidak akan terlaksana. Janji nya hanya untuk meraih undi tetapi bukan untuk dilaksana. Agama Islam adalah Agama Rasmi Malaysia yang mana Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Agama Islam manakala Allah s.w.t pastinya milik penganut yang mempercayai kewujudan Allah s.w.t iaitu islam dan Allah bukan hanya sekadar untuk disebut atau ditulis.

Friday, January 1, 2010

SURAT TERBUKA DARI HUSAM MUSA UNTUK TUN MAHATHIR

JAN 1 — Untuk Tun Dr Mahathir,

(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh. Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom — RM425 juta

b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana — anggaran awal RM360 juta

c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380 juta

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows:

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North-South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,

4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and

8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM500 juta — pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai

e. Kompleks CIQ berharga RM1 bilion menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex, foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang-Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga — dianggarkan di antara RM500 juta hingga RM700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa
PERGINYA SEORANG PEJUANG BANGSA, PEJUANG UMNO SEJATI

Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara di sini, pagi ini.

Allahyarham Mohamed yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur," kata Nur Jazlan ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu jenazah Allahyarham Mohamed akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar hari ini.

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir di rumah beliau di 42 Jalan Setiajaya, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Sepanjang pembabitan dalam politik beliau lebih mesra dengan panggilan "Tok Mat".

Beliau merupakan bekas setiausaha agung Umno, jawatan disandang sejak Umno baru ditubuhkan. Jawatan itu disandang sehingga 1996 selain turut berperanan sebagai setiausaha agung Barisan Nasional dari 1988 sehingga 1999.

Mohamed menyertai Umno pada 1963 dan terpilih menjadi sebagai Ahli Parlimen selama 30 tahun sehingga 1999.

Untuk rekod pada 10 Jun 2008, Mohamed pernah dimasukkan ke Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana sakit dada. Allahyarham menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas.

Salam Takziah buat Puan Sri Salbiah Abdul Hamid serta keluarga

Al-Fatihah