Tuesday, August 28, 2012

AnWAR melatah lagi

Hari DSAI membayangkan angan-angan Mat Jeninnya apabila berkata yang beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi Perdana Menteri sekiraya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri kelak.
Alasan nya bil elektrik terlalu tinggi.
Rumah beliau sendiri pun beratus ringgit bil elektriknya inikan pula kediaman Rasmi Perdana Menteri.
AnWAR seolah tiada modal politik lain ketika berucap di Bukit Gantang dalam satu majlis Hari Raya.
sambil menyatakan rakyat di Malaysia ramai yang miskin.
Beliau mungkin terlupa atau nyanyok yang mana PR ada 4 buah negeri tadbiran mereka, rasanya apa kebajikan yang mereka jaga? apa kebajikan yang mereka beri? kalau hebat tak kan padang pun nak diambil untuk dimajukan menjadi sebuah projek kediaman di Selangor? tanah Perumahan Rakyat dijadikan Hospital Swasta? ini kebajikan PR?. Berhenti la memperbodohkan orang yang mendengar ceramah belaiu pada hari itu. Dalam bulan kemenangan ini adalah lebih baik kita kujung mengunjung, maaf bermaafan bukan keji mengeji @ kutuk mengutuk, sia-sia kita dilatih ketika bulan Ramadhan lalu.

Monday, August 27, 2012

Isu Hudud & Negara Islam, PAS hilang pendirian?

Isu hudud ini telah menjadi bahan jenaka, bahan politik oleh pembangkang.
kesannya begitu mendalam kepada umat yang beragama islam.
hudud satu tuntutan dalam islam namun boleh diselaraskan mengikut keperluan atau kehendak sesebuah negara.
Hudud adalah Hukum Allah yang mana ianya bukan modal politik.
inilah susahnya jika sesebuah parti menggunakan perkataan islam kerana mereka sering
dibandingkan tentang perkara yang berkaitan islam.
PAS seharusnya konsisten dalam memperjuangkan islam.
Jika dahulu pas menghebohkan mereka akan memperjuangkan negara islam yang gagal diperjuangkan UMNO namun hari ini PAS tertelan kata-kata apabila mengumumkan mereka kini memperjuangkan negara berkebajikan. Mereka juga berdolak dalih isu Hudud demi menjaga hati dan perasaan rakan Pakatan mereka. sekali lagi demi politik, islam digadai oleh PAS. Hari ini kita lihat apa beza PAS dan UMNO.
ada pendapat ulama berkata undi DAP adalah haram. kerana DAP terang terangan menolak islam di Malaysia. tidak perlu kita lihat di Palestin atau Gaza kerana mereka terlalu jauh, kita harus sedih dengan nasib Umat Islam dan Orang Melayu di Pulau Pinang dan Singapura. Umat Islam disogok dengan wang Loteri, Tanah orang Melayu hilang entah kemana. Inikah yang PAS cuba pertahankan? apakah tujuan mereka? Gelap mata demi politik? Gelap mata demi kuasa?.
Dahulu mereka PR sering mengutuk kerajaan yang memerintah, hari ini Allah beri mereka peluang mentadbir beberapa negeri terutama Selangor yang pernah PAS gelar darul Khinzir dan Darul Arak. Hari ini apabila mereka mendapat mandat bersama apa yang mereka buat? penjualan arak di sebuah kedai serbaneka pun mereka gagal untuk haramkan inikan pula cita-cita mereka sebelum memerintah dahulu untuk menutup kilang arak di Selangor. Allah bayar "cash" di dunia ni tapi PAS nyata gagal dalam usaha mereka. Ada yang berani bersuara, ditendang keluar dari PAS. Zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulu Baginda sanggup dipukul, sanggup dicerderakan, sanggup dihina demi Islam. Mengapa PAS hilang pendirian hari ini? PKR yang pemimpin nya melayu @ Islam pun hilang suara demi kuasa. Dua Parti Pemimpin Melayu hilang kemaluan kerana DAP. Bukan mahu bersikap perkauman tetapi apabila hukum Allah dijadikan mainan oleh mereka perkara ini tidak boleh diterima.