Thursday, October 29, 2009



KEGAGALAN PENTADBIRAN PEMBANGKANG DALAM SUKAN
Jika semua sedia maklum akan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia membabitkan 4 negeri iaitu Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perlis.
Jika diamati adalah amat jelas bahawa pada musim lalu pertandingan akhir membabitkan pasukan Selangor dan Kedah yang dimenangi Kedah, yang ramai menyangka pentadbiran badan sukan pasukan tersebut adalah dibawah pembangkang. namun hakikatnya berbeza kerana

pada tahun 2008 pembangkang hanya mengambil alih tampuk pimpinan badan sukan Negeri Selangor dan Kedah setelah berjaya menawan negeri-negeri tersebut pada pilihanraya yang lalu daripada Barisan Nasional. Pada tahun ini jelas apabila Persatuan Bolasepak yang ditadbir pembangkang gagal melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia meskipun Selangor berjaya memenangi 3 Piala sebelum itu tetapi hakikatnya amat berbeza apabila tidak berjaya mendapat Piala Keagungan negara itu. Bukan hendak mempolitikan sukan tetapi inilah hakikatnya di Malaysia Persatuan Bolasepak negeri memerlukan pimpinan utuh dari kerajaan negeri bagi memajukan sukan no. 1 negara ini. Kecuali Kelantan yang dipimpin PAS tetapi dalam Persatuan Bolasepak Kelantan mereka diketuai oleh Tan Sri Anuar Musa bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Lihat Kerajaan Negeri Sembilan menghulurkan Bonus RM 50,000 kepada pemain kerana berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir berbanding RM 5000.00 imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada pemain bolasepak Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Juara trebel tahun lalu Kedah telah melahirkan kekecewaan terhadap sikap membisu Presiden Persatuan Bolasepak Kedah sehingga Kedah terumbang ambing tahun ini dari pasukan hebat disegani sehingga lembik tidak berdaya tahun ini dan sikap tidak ambil peduli kerajaan DAP terhadap Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, tetapi jika mereka menang pemimpin pembangkang inilah yang akan duduk paling hadapan sekali dan menunjukan kerana pimpinan merekalah pasukan negeri berjaya memenangi piala tetapi sekiranya lebur semua lepas tangan. Sekiranya persatuan kecil sekecil persatuan bolasepak negeri ini gagal diurus tadbir oleh pembangkang dengan baik bayangkan bagaimana mereka boleh menguruskan sebuah kerajaan negeri?
selamat berjuang Hoben Jang Hoben
"WELCOME TO OUR CLUB"
YB PELABUHAN KLANG


Pendirian dan tindakan yang hebat telah dilakukan oleh Yb Badrul Hisham Abdullah di atas keberanian nya keluar daripada PKR atas sebab hilang kepercayaan kepada PKR terutama pimipinan PKR Nasional Brader Anwar Ibrahim dan sahabat bersongkok sendeng Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga pemimpin recycle UMNO. Pelbagai spekulasi timbul sejak kebelakangan ini apabila MB Selangor telah berulang-ulang kali menyarankan Badrul meletakkan jawatan bagi membolehkan PKR meletakan calon mereka yang baru dan terus menghabiskan wang rakyat untuk mengadakan Pilihanraya Kecil yang baru di kawasan tersebut. Pendirian Yb Badrul demi kepentingan rakyat kerana terang-terangan didalam PKR sentiasa memilih bulu dalam melakukan sesuatu urusan, lihat saja di Sabah contohnya 2 pemimpin tertinggi PKR negeri telak meletakan jawatan cuma masih belum mahu keluar PKR.
Senario di Pelabuhan Klang juga hampir sama apabila PKR negeri telah meletakan wakil MB iaitu setiausahanya sebagai peneraju Pusat Khidmat Rakyat dan hal ini telah membelakangi YB Pelabuhan Klang dan perkara ini juga amat tidak disenangi oleh orang kuat PKR dikawasan tersebut kecuali ketua-ketua kampung yang dilantik oleh MB. Malah peruntukan untuk kawasan Pelabuhan Klang juga disekat dan ini menimbulkan permasalahan untuk membangunkan kawasan yang boleh dikatakan penting di negara ini kerana menempatkan sebuah Pelabuhan terbesar negara sehingga beliau sebagai Adun PKR terpaksa memohon bantuan Kerajaan Pusat dan perkara ini tidak mustahil apabila beliau memilih untuk menyokong Kerajaan Barisan Nasional.
Keraguan Yb Pelabuhan Klang ini juga ada sebabnya yang perlu dilihat oleh semua ahli PKR. Pendirian tidak jelas Anwar Ibrahim menjadi punca keretakan dalaman PKR. Beliau tidak bebas membuat keputusan sebaliknya perlu merujuk kepada beberapa muka penting didalam PKR terutama Sdr Azmin Ali. Permasalahan sosial Pemimpin Agung Keadilan ini juga sering menimbulkan keraguan buat beberapa pemimpin PKR dan yang terbaru berhubung dengan cubaan penangguhan kes beliau terhadap kes liwatnya. Kenyataan bercanggah MB Selangor dengan bukti berhubung dengan surat tunjuk sebab yang dikatakan tidak dijawab oleh Yb Pelabuhan Klang itu juga tidak relevan kerana pada sidang media di Hotel Vistana semalam beliau telah menunjukkan suratnya yang bertarikh 28 Ogos 2009 telah diterima beserta cop rasmi pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Agung PKR pada 2 September 2009 mungkin MB Selangor terlupa untuk membacanya.
Memetik kata-kata ketua pembangkang Dun Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, tindakan Abdul Khalid itu adalah helah semata-mata bagi membolehkan Anwar meletakkan calon pilihannya bertanding di kerusi itu jika kosong. Katanya, Badrul Hisham wajar keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membuktikan beliau tidak mengalami masalah mental seperti didakwa.

Wednesday, October 28, 2009


egm,



Oktober 26, 2009



Salam Kamunting,

Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.


Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.

Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.

Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.
Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?

Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.
Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.

Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!
Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.
Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.
Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.
Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.

Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.
“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23

Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.



oleh sdr Nik Abduh Nik Aziz dari Kamunting ISA
AKHIRNYA PIMPINAN PAS GAGAL MELULUSKAN EGM
_
Keputusan telah diputuskan semalam yang mana EGM yg menjadi harapan Mursyidul Am mereka tidak menjadi kenyataan apabila Ahlijawatankuasa PAS menolak cadangan daripada Mursyidul Am untuk PAS mengadakan EGM bagi membersihkan beberapa Jawatankuasa mereka yang menjadi pengacau dalaman tetapi digantikan dengan seminar politik sahaja dengan menjemput penceramah dari UIA. Niat tok guru mereka tidak kesampaian cuma ianya menjadi cakap-cakap kosong sahaja dan ingin mengalihkan perhatian umum kerana kekalahan teruk mereka di Bagan Pinang tempoh hari namun tumpuan yg ingin dialihkan tidak kesampaian. Kali ini gesaan dan harapan tok guru tidak menjadi kenyataan, maka bala tentera Presiden PAS masih mampu tersenyum, Tok Guru mursyidul am juga kini sudah semakin tidak relevan. Tiru la kaedah UMNO yang berkumpul di Janda Baik untuk menjernihkan yang keruh dan kini giliran PAS juga berbuat demikian. walaupun menolak kerajaan perpaduan tapi tiru la idea perpaduan kami di UMNO. tidak dapat muktamar tapi dapat seminar kira ok la

Monday, October 26, 2009

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA BERANI ATAU TIDAK?





Berani atau tidak para jawatankuasa PAS pusat untuk memutuskan samaada mereka menerima pakai saranan Tok Guru Mursyidul Am PAS berhubung dengan mesyuarat agong khas (EGM) PAS. setelah MCA, PPP dan UMNO sudah menyelesaikan Mesyuarat Khas PAS juga tidak mahu ketinggalan dalam membasmi segala permasalahan dalaman membabit puak erdogan dan ulama mahupun pasukan kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Presiden PAS sendiri. Berani atau tidak Tok Guru Presiden PAS yang seolah-olah boneka didalam PAS untuk memutuskan nasib dan arah tuju PAS kerana kini segalanya seolah-olah ditangan Mursyidul Am. Tuan Presiden dijangka tidak mampu membuat sebarang keputusan kerana ianya membabitkan orang-orang kanannya yang juga utusan utamanya bagi kerajaan perpaduan iaitu Timbalan Presidennya Nasharuddin Md Isa. Malah Setiausaha Agong pas yang dilantik oleh presiden Mustafa Ali dan seorang lagi orang yang lantang bersuara di Selangor Hassan Ali yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor juga turut tersenarai untuk kerja-kerja pembersihan dalam PAS

Nasharuddin Md Isa

Mustafa Ali


Hassan Ali
PAS seolah-olah membuka pekung didada sendiri dan perkara ini amatlah disukai oleh PKR yang mana memetik kata-kata Tun Mahathir, PAS juga tahu akan rahsia Anwar. setelah kronisma melanda PKR kini tumpuan bijak diarahkan kepada PAS bagi menutupi pekung PKR berhubung dengan pelantikan Pengerusi PKR negeri dan perbalahan antara orang penting PKR. Memetik percanggahan PAS di Selangor membabitkan puak ulama Hassan Ali dan puak erdogan Khalid Samad berhubung isu kuil dan arak yang diyakni mempunyai cita-cita untuk mengambil alih tampuk pimpinan PAS Selangor dari Hassan Ali.
PAS kini telah retak menanti belah malah diperingkat PAS pusat pun sudah mula menunjukkan kerenggangan antara mereka yang berjawatan, inilah masalah sekiranya ada banyak jawatan penting dalam PAS sehingga tidak tahu mana suara yang perlu didengar adakah suara Ketua Dewan Ulama PAS atau Mursyidul AM PAS ataupun Presiden PAS sendiri. Segalanya terletak kepada perwakilan PAS sendiri menentukan arah tuju parti dan persolanya mampukah mereka membuat keputusan seperti MCA yang memutuskan untuk memecat Presiden dan Timbalan Presiden mereka? apakah mereka yang perlu "dibersihkan" hanya mampu mengangguk-angguk dan bersetuju sahaja? Dan siapakah yang akan menangguk di air yang keruh? Apakah Tok guru Mursyidul Am sebenarnya yang harus dibersihkan?
sama-sama kita nanti keputusannya pada mesyuarat Khas PAS rabu ini 28.10.09 untuk memutuskan keputusan samaada mereka berani ber EGM atau tidak.





Wednesday, October 14, 2009

SELAMAT BERSIDANG
PARA PERWAKILAN UMNO MALAYSIA
PERHIMPUNGAN AGONG KHAS UMNO MALAYSIA


Pada tanggal14 Oktober 2009 bermula persidangan dengan didahului oleh persidangan 3 sayap parti Pemuda UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO. Moga Transformasi yang di impikan menerusi pindaan pelembangaan parti pada Perhimpunan Agong Khas UMNO akan menjadikan kenyataan demi memastikan UMNO terus relevan dan serius bagi membasmi pelbagai perkara yang telah mencemar imej parti melayu terbesar negara ini. Dengan konsep 1 Malaysia boleh diterjemahkan dalam memastikan semua ahli parti dapat bersama parti dalam menyuburkan demokrasi dalam UMNO.
Jika segala yang diimpikan menjadi kenyataan UMNO akan menjadi parti yang telus dan paling demokratik di Malaysia kerana mengikut 27 klausa perlembagaan Umno dicadangkan dipinda dan dibahas hari ini, termasuk membenarkan 146,500 perwakilan menentukan kepemimpinan Umno mulai 2011. 36 fasal dan klausa dipinda itu dibahas dan diundi secara terbuka melalui angkat tangan dalam Perhimpunan Agung Khas Umno hari ini sebelum diluluskan oleh MT UMNO. Perkara ini penting bagi membendung pelbagai kesalahan tataetika parti dan transformasi ini juga akan memberi kelebihan kepada Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan dimana ahli parti akan diperincikan tentang fungsi UMNO cawangan.
Transformasi dalam meremajakan UMNO penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Semua ahli UMNO akan mendapat peluang dan keutamaan dalam memilih pemimpin diperingkat atasan parti. suara ahli akan lebih didengari seperti mana suara rakyat diterima di Bagan Pinang dan lihatlah hasilnya.

Monday, October 12, 2009

BARISAN NASIONAL MENGAMUK
DI BAGAN PINANG



Setelah segala jerih perih para pertugas Barisan Nasional di Dun Bagan Pinang akhirnya terbalas apabila Tan Sri Isa diumum sebagai pemenang pada Pilihanraya Kecil DUN 31 itu. Parti hamPAS tersungkur di tengah-tengah gelombang biru Barisan Nasional. segalanya telah nyata kerana hamPAS bukanlah parti yang kuat di Negeri Sembilan, mereka ibarat pengemis undi disini dan pakar tewas mereka Sdr Zulkefly Mohamad Omar mencatat hatrik pada piliharaya kecil kali ini. gelombang hijau putih disulami biru muda dan ada sedikit merah putih tidak terdaya menahan asakan gelombang biru. Rakyat di Negeri Sembilan dan di Bagan Pinang khasnya amat faham akan situasi yang melanda negara, kami tidak mudah terpengaruh dengan cakap-cakap kosong pembangkang sepanjang kempen diadakan sehingga mereka diumpamakan sebagai 'lauk' @ 'sayur' yang cukup enak dibaham oleh parti pemerintah. Ingat sedara-sedara di pembangkang ini Qada dan Qadar Allah tiada siapa boleh menentangnya malah bak kata pepatah langit tidak selalunya cerah untuk melihat bulan ataupun bulan pecah mahupun roket yang ingin terbang lebih jauh kerana kami di Negeri Sembilan amat berhati-hati dalam memilih pemimpin dan Tan Sri Isa nyata adalah calon yang hebat.
Sdr Zulkefly Mohamad Omar boleh berbangga apabila beliau dipilih sebagai Calon Hatrik (tewas 3 kali berturut-turut) dan sebagai Pesuruhjaya hamPAS Negeri Sembilan yang tidak akan kemana dicadangkan supaya meletakkan jawatan kerana gagal menyebabkan pembangkang terus berjaya sebaliknya tumbang teruk disini. Dengan memperoleh undi 8,013 undi Tan Sri Isa akhirnya kembali ke Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dengan menewaskan calon hamPAS dengan majoriti 5,435 apabila Sdr Zulkefly Mohd Omar hanya memperoleh 2,578 undi. kalau bagi undi semua undi POS pun hamPAS tetap kalah dengan 800 undi lebih, jadi jangan lah dipertikaikan kesahihan undi POS kerana apa jua cara, apa benda juga yang dihalalkan oleh hamPAS ini tidak akan menjadi kerana bukti telah nyata takdir Allah telah mengembalikan Tan Sri Isa kembali ke DUN N.Sembilan.
Semua petugas parti Barisan Nasional diucapkan tahniah dan percayalah rakyat Malaysia kini telah mengerti dan membuka mata apabila UMNO dan Barisan Nasional kembali ke landasan kemenagan. Sekiranya ada lagi Pilihanraya Kecil selepas ini sudah pasti Barisan Nasional akan lebih bersedia dengan gas baru, label baru, tenaga baru dan semangat baru.
Tahniah Penduduk di Dun Bagan Pinang

Thursday, October 8, 2009

CERAMAH POLITIK
YBHG. DATO' HJ ISHAK HJ ISMAIL
KETUA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN
TAMAN POLITEKNIK, DUN BAGAN PINANG
08 OKTOBER 2009





video

Pada majlis tersebut turut serta mengadakan ceramah adalah Ybhg. Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Pn Soraya Yaakub Ketua Wanita UMNO Bhg Pendang. Walaupun di Bagan Pinang malam tadi turut serta berceramah adalah Yb. Datuk Seri Nik Abd Aziz Nik Mat. harapan semoga Nik Aziz dapat melihat betapa pesat Port Dickson sebuah daerah bukan negeri yang kini betapa pesat membangun sebagai pusat pelancongan dan terbaru bandar tentera darat, tidak seperti beberapa daerah di Kelantan juga sebagai pusat pelancongan tetapi tidak membangun dari dulu kini dan adakah mungkin selamnya jika di jajah oleh PAS. Jangan hanya menunjukkan dengan wujudnya pasaraya TESCO dan GIANT Kelantan sudah dianggap maju, dalam perjalanan ke Port Dickson lihat lah betapa pesatnya pembangunan Negeri Sembilan yang ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional. Minda pemikiran perlu diletakkan kelas pertama usah hanya lihat kuman diseberang laut. hari ini mungkin Brader Anwar Bin Ibrahim juga akan turut serta tetapi panggil lah seberapa ramai pun pemimpin Recycle UMNO yang ada didalam pembangkang untuk berkempen jawapan pada 11 Oktober 2009 seolah-olah sudah milik Barisan Nasional apabila PAS mula menyoal undi POS. Pada ketika mereka menang sebelum ini tiada pula sebarang pertikaian terhadap SPR tetapi apabila mereka telah melihat kejatuhan yang bakal mereka terima, PAS dan PR segera mencari alasan untuk kekalahan mereka Ahad ini dan para penyokong mereka ibarat si luncai akan terjun bersama labu-labunya menurut seperti pak turut, yang mengangguk kepala sampai ke lantai menurut apa sahaja yang diperkatakan bahawa kekalahan mereka adalah disebabkan oleh undi POS,. bermula ketika kempen adalah rasuah tetapi kini nada mereka sudah berupah apabila penyokong mereka telah mengetahui akan maksud tindakan rasuah yang dikenakan terhadap Tan Sri Isa dalah kerana salah etika iaitu mengadakan jamuan makan malam bersama perwakilan yang mana majlis seperti tersebut adalah salah menurut tata-etika UMNO. Nyata ketika penamaan calon para penyokong pembangkang mengeluarkan duit menunjukan tanda Isa terbabit dengan rasuah duit adalah tidak kena dan tidak benar. Pilihanraya ke-9 di Dun Bagan Pinang Negeri Sembilan adalah petanda bahawa kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional akan bermula. sama-sama kita tunggu

Wednesday, October 7, 2009

KENAPA PENGUNDI BAGAN PINANG HARUS PILIH
DATUK SERI UTAMA TAN SRI MOHD ISA BIN HJ. ABD SAMAD

Pada tarikh 11 Oktober 2009 hari Ahad bersamaan 22 Syawal 1430 hijrah pengundi di Dun Bagan Pinang haruslah memilih calon Barisan Nasional. Memang Barisan Nasional tidak mampu menjanjikan syurga kepada pengundi kerana itu adalah kuasa Allah s.w.t. Menyebut nama Tan Sri Isa sahaja pasti kita akan terkenang bagaimana keupayaan insan ini pada ketika bertanding di Dun Linggi pada tahun 1978 kira-kira 31 tahun yang lalu pada usia 29 tahun sehinggalah beliau diletakkan sebagai calon di Parlimen Jempol yang mana kawasan tersebut bukan kawasan beliau, tetapi akan kehebatan dan jasa-jasanya kepada rakyat di Negeri Sembilan dalam 22 tahun pemerintahannya sebagai Menteri Besar beliau menang mempertahankan kerusi Barisan Nasional di Perlimen Jempol.
Insan ini juga pernah menumbangkan Dr. Rosli Yaakub pada tahun 1999 di DUN Linggi yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan pada ketika itu. Minggu ini beliau sekali lagi di takdirkan bertarung dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan kali ini disandang oleh Zulkefly Mohamad Omar. PAS pada Pilihan Raya Umum yang lalu bertanding di 13 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen di Jelebu dan Tampin, keputusannya PAS dibelasah teruk oleh UMNO yang menjadi lawan mereka di 12 kerusi kecuali 1 kerusi N25 Paroi yang menyaksikan satu-satunya kerusi tunggal PAS di DUN Negeri Sembilan. Malah Insan dari PAS yang bertanding di Dun Bagan Pinang kali ini juga sudah 2 kali tersungkur di DUN Lenggeng yang merupakan kampung halamannya yang menyaksikan pada 2004 beliau tewas kepada Ybhg Dato Hj Ishak Ismail yang juga Ketua UMNO Bhg Seremban dengan 3,942 majoriti kemudian sekali lagi mencuba nasib pada tahun 2008 menyaksikan beliau tewas kepada YB Mustafa Salim yang merupakan AJK UMNO Bhg Seremban sahaja pada ketika itu dengan majoriti 1.285.
Kali ini beliau berharap untuk berjaya seperti Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang menang di DUN Permatang Pasir walaupun sudah 2 kali tewas pada pilihanraya sebelum itu. Negeri Sembilan bukanlah kubu PAS tetapi tempat dimana PAS paling banyak tewas di dalam kerusi DUN. Pengundi Bagan Pinang harus sedar kempimpinan Barisan Nasional yang di tunjangi oleh UMNO telah banyak memajukan Negeri ini terutama Bandar Port Dickson yang semua telah tahu Bandar Port Dickson telah dijadikan Bandar tentera darat selain dari Bandar Pelancongan.
Justeru pemilihan Tan Sri Isa amat penting dalam memberhentikan tsunami politik yang melanda negara pada 2008 yang lalu yang menyebabkan pembangkang hari ini bongkak dan sering menghuru harakan negara dengan berhimpun dijalanan, berbaring di atas jalan, menghina Raja Melayu dan pelbagai protes dengan menggunakan saluran yang salah. Kita sama-sama nantikan keputusan nya Ahad ini. Dan persoalan yang bermain kini apakah DUN Ampangan juga akan mengalami Pilihanraya Kecil? sama-sama kitan tunggu

Tuesday, October 6, 2009

MENANTI PENDIRIAN DAN HALA TUJU MEREKA


kemanakah halatuju orang buangan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan MIC.
kedua-dua mereka merupakan bekas orang kuat parti masing-masing
kini nasib mereka bagai layang-layang terputus tali
walaupun Dato S Subramniam memperolehi undi yang agak banyak
pada ketika beliau bertanding Jawatan Timbalan Presiden MIC menentang
Datuk G. Palanivel, namun ramai pemerhati berkata jika Dato S Subra menang
hayatnya untuk menyandang jawatan berkenaan hanya seketika sahaja
kerana Presiden seumur hidup MIC telah menyediakan plan kejatuhan
terhadap Dato Subra yang dikatakan telah memburuk kan parti MIC belas tahun yang lalu. sokongan padu penyokong Dato Subra masih tidak cukup untuk meraih kemenangan
pada pemilihan MIC yang baru lalu mencerminkan beliau masih ada yang sayang.
bagi bekas ketua pemuda PPP yang menang tanpa bertanding Jawatan Presiden PPP dalam EGM yang diadakan di Putrajaya sebelum ROS memutuskan Datuk M Kayveas sebagai
presiden PPP yang sah, sebulan selepas itu beliau dipecat daripada PPP.
Jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri juga hanya menunggu masa
sahaja hendak dilucutkan walhal tuan Presiden nya pun tumbang di Taiping tapi masih menerima sokongan perkara ini sama seperti Dato Samy Vellu yang tersungkur
di Sungai Siput.
persoalan kini
adalah PPP masih releven bagi Barisan Nasional? tiada satu kerusi pun
yang dimenangi oleh mereka. pada nasib mereka ibarat di
hujung mata pedang mungkinkah cadangan menyertai
parti Makkal Sakti yang bakal dirasmikan oleh
Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Barisan Nasional
relevan buat mereka memandangkan mereka telah dipecat dan
bakal dipecat melihat daripada kesalahan yang telah mereka lakukan malah yang utama
adalah mereka menjadi ancaman kepada peneraju parti masing-masing.
ketokohan mereka amat diperlukan tidak seperti beberapa mereka
yang kecewa seperti Dr Chua Jui Meng yang mencari jawatan setelah gagal
di MCA serta Datuk Fauzi yang gagal di dalam UMNO memilih menyertai
pembangkang bagi menyelamat kerier politik mereka
KEMELUT DALAM MCA BERTERUSAN
SALAH SIAPA?





Kemelut didalam MCA berterusan dengan terbitnya Menifesto sempena Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) oleh Datuk Seri Chua Soi Lek di tengah-tengah kehangatan Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang. seharusnya pada ketika ini kedua-dua pemimpin tertinggi MCA ini harus berada di Bagan Pinang untuk membantu kempen pilihanraya Barisan Nasional bagi menawan hati 5.54 peratus kaum Tiong hua yang dijangka menjadi undi penentu. Polemik perbalahan yang berpanjangan amat menggusarkan memandangkan kedua-dua tokoh ini mempunyai pengaruh dan pengikut yang cukup kuat malah ada pemerhati meramalkan seandainya kedua-dua tokoh ini bersatu MCA akan menjadi kukuh dan jitu. sesudah pemilihan MCA baru lalu pelbagai isu timbul bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan dari satu masalah hingga lah ke masalah yang terbaru penyediaan Menifesto menjelang EGM.


bermula dari kemenangan Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA menewaskan calon Presiden Datuk Ong Ka Chuan, beliau di label sebagai "politikus kitar semula" dan yang "tercalar" dek kerana skandal seksnya Timbalan Presiden yang memenangi jawatan tersebut dengan meraih 1115 undi terus dipinggir daripada parti tanpa sebarang jawatan dalam kebinet dan jawatankuasa MCA. Sejak dari hari itu lah timbulnya pelbagai tanggapan negatif dan cakap-cakap kosong yang kurang enak di dengar. kemuncak pertikaman dalaman MCA terhasil apabila Datuk Seri Chua Soi Lek mendakwa pihak pakatan rakyat ada menghubungi beliau yang menyebabkan Barisan Nasional melantik beliau sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional bagi memastikan beliau masih boleh menyumbang bakti di dalam Barisan Nasional setelah beliau tidak mempunyai sebarang peranan dalam Jawatankuasa MCA selain dari jawatan hakiki yang dimenanginya, hal berterusan dengan Jawatankuasa Disiplin MCA memanggil beliau berhubung dengan skandal seksnya yang dah 4 tahun berlalu serta dengan pendedahan berani Presiden MCA berhubung dengan penyelewengan dalam Port Klang Free Zone (PKFZ) yang masih dalam siasatan SPRM.


Seruan rakyat terutama ahli parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional MCA adalah melihat kedamaian timbul didalam MCA walaupun pelbagai isu yang timbul demi menyahut gesaan Pengerusi Barisan Nasional supaya semua parti dan rakyat bersatu dibawah slogan 1 Malaysia. DAP semakin bermaharajalela di kawasan jajahannya dan diharap dengan kedamaian yang harus dicari bagi menyelamatkan MCA dari terus tenggelam dengan arus DAP dan usahlah hanya menyalahkan Parti gabungan Barisan Nasional yang lain terutama UMNO berhubung dengan masalah dalaman mereka. Bersatulah demi negara, Demi Barisan Nasional dan perangilah PR secara bersama.


Monday, October 5, 2009

Sekitar Ceramah Politik di Tmn Sri Pinang
05 Oktober 2009 - Jam 9.00 mlm
oleh : Datuk Dr Zambri Abd Kadir, MB Perak
dan En Syamsul Amri, Penerangan UMNO Malaysia










Sedutan ceramah oleh En. Syamsul Amri (Biro Penerangan Pemuda UMNO)

video

Sunday, October 4, 2009

Sekitar Penamaan Calon Bagi Dun Bagan Pinang
03 Oktober 2009

Kami mahu ISA

kelihatan Tan Sri Isa Samad iringi oleh TPM Tan Sri Muhiyuddin,
MB Dato Seri Utama Mohamad Hassan, Dato Rais Yatim


Ketua UMNO Bhg Sepang juga turut kelihatan di pusat penamaan calon


Ketua Per. Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin juga
turut kelihatan


Lautan Penyokong kedua-dua parti bertanding


Kumpulan Penyokong Barisan Nasional mewakili Senator Datuk T. Murigiah
juga turut hadir serba kuning


Di pusat perkampungan Barisan Nasional
(Video sekitar penamaan calon)


video

Thursday, October 1, 2009