Tuesday, March 23, 2010


TAHNIAH DATO HJ ISHAK BIN HJ ISMAIL

Syukur kehadrat Allah diatas izin nya buat julung kalinya Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Seremban dipilih dikalangan ahli UMNO. Dato Ishak Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Seremban telah dipilih oleh Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Seremban. Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh MCA yang juga calon bagi kerusi Parlimen Seremban namun setelah kekalahan pada pilihanraya yang baru lalu UMNO telah diberikan kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab berat tersebut. Berdasarkan pengalaman yang ada pada Dato Ishak saya yakin beliau akan berjaya mengembalikan semula kerusi-kerusi yang telah hilang kembali semula kepada pangkuan Barisan Nasional.

Tuesday, March 9, 2010

MAJLIS MAULIDUR RASUL ANJURAN
WANITA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN
Pada 06 Mac 2010 satu program keagamaan telah dijalankan oleh Wanita UMNO Bahagian Seremban. Pada program memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W tersebut telah dirasmikan oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Ybhg Datuk Kamelia Dato' Ibrahim, turut serta didalam majlis yang dihadiri oleh 400 hadirin tersebut adalah Ketua UMNO Bahagian Seremban Dato' Hj Ishak Bin Hj Ismail dan Ketua Wanita UMNO Negeri Dato' Norhayati Bt Omar yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah










Monday, March 8, 2010

ANWAR GAGAL DALAM RAYUAN TERAKHIR
Putrajaya, Mahkamah Persekutuan semalam telah memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Haji Mahathir Bin Mohamad mempunyai kuasa dan mematuhi Perlembagaan ketika memecat Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan 11 tahun lalu.
Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdul Hamid Embong telah sebulat suara menolak rayuan terakhir Anwar untuk mengetepikan keputusan pemecatan yang berkuat kuasa pada 2 September 1998 sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan (fungsi dan kuasa Yang Dipertuan Agung untuk melantik dan memecat seorang menteri kabinet) hanya satu formaliti berdasarkan kepada kedudukannya sebagai Raja Berpelembagaan. Perdana Menteri boleh memutuskan seorang menteri seharusnya dipecat daripada jawatannya, maka Baginda tidak boleh menolaknya.

PROGRAM SOAL JAWAB

TV3 BERSAMA MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDIN

MANTAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1

PULAU PINANG


Tuesday, March 2, 2010

16 SEPTEMBER 2010
HARI PEMBUBARAN PAKATAN RAKYAT
Jika dahulu Anwar Ibrahim telah menggegarkan negara dengan kenyataan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan mengandaikan bahawa ramai Ahli-ahli Parlimen BN akan melompat parti bagi menyertai Pakatan Rakyat dan membentuk Kerajaan Malaysia yang baru, namun semua itu hanya angan-angan kosong. Malah jika memetik kata-kata beliau semasa di Pulau Pinang ketika beliau menjawab satu soalan berhubung dengan perkara tersebut beliau telah memaklumkan bahawa beberapa ahli-ahli Parlimen MCA bakal menyertai PR namun sehingga ke hari ini PKR sendiri di Pulau Pinang sudah dan bakal kehilangan ahli-ahli Parlimen nya. Marikan para-para blogger PRO Kerajaan menyokong usaha ini untuk bersama menjadikan tarikh itu sebagai satu hari yang bakal menjadi sejarah apabila PAKATAN RAKYAT yang diimpikan Anwar hancur lebur disebabkan oleh beliau sendiri. 16 September 2010 hari pembubaran Pakatan Rakyat...............................

Ahli Parlimen Bagan Serai pula umum keluar PKR

KUALA LUMPUR - Sepertimana ramalan Salehuddin Hashim, hari ini seorang lagi Ahli parliman PKR, Bagan Serai, Mohsin Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.Mohsin, 65, merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Mereka ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).Kelmarin, bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.


by aidc editor on March 3, 2010 12:07 PM

ihsan aidc news

ORANG KUAT PKR PULAU PINANG KENA "TAMBAT"


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Ybhg En Mohammad Fairus Khairuddin telah mengumumkan untuk keluar dari PKR dan memilih untuk menyertai UMNO, ini menandakan UMNO sahaja yang mampu menjadi sebuah parti pemerintah yang hebat. Memetik kata-kata Yb Datuk Zaharin bahawa Mohammad Fairus adalah lambang kebangkitan PKR didalam kerajaan pembangkang Pulau Pinang walaupun Timbalan Pengerusi Keadilan Syed Hussin menyifatkan Fairus adalah satu liabiliti kepada PKR. Doa dan harapan moga lebih ramai lagi ahli Pembangkang PKR, DAP mahupun PAS segera sedar bahawa Anwar kini sudah mula lupa akan perjuangan asal nya malah bakal menggadaikan negara sekiranya beliau berjaya dengan cita-cita nya. Selamat berjuang wahai YB-YB Bebas................................