Wednesday, September 30, 2009


Malam tadi Azmin bunga tiga serangkai mulakan serangan terhadap calun BN Isa Samad. Dia kata Isa pemimpin recycle, dan rasuah. Bukan PKR, DAP dan PAS yang kata dia rasuah tapi UMNO sendiri kata dia rasuah. Baiklah. Kita nak tanya dia apa kurangnya PKR? Malah PKR bukan saja recycle tapi parti dan pemimpin reject dari UMNO? Penasihat PKR sendiri itu penjenayah. Jangan nak auta auta. Anwar dipenjerakan kerana menyalah guna kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri. Cuba jawab apa sebab dia salahguna kuasa?Kesalahan salahguna kausa yang dilakukan Anwar lebih teruk dari main rasuah. Anwar perintahkan polis untuk "turnover" dua orang yang telah buat laporan dan surat mengenai salahlaku seks Anwar. Hari ini, peliwat itu menyalahkan polis dan tuduh macam-macam tapi masa dia TPM dia yang kuat menyalahguna kuasa polis.Pasal apa Anwar salahguna kausa untuk turnover. Kerana salahlaku seks dia didedahkan dan Anwar risau akan masa depan politiknya. Itu tak kepentingan diri? Itu tak rasuah?Dalam hal salahlaku seks, Anwar lakukan liwat dan mahkamah dengan semua 11 hakim dari mahkamah bawah sampai atas, depan sama belakang kata Anwar lakukan liwat. Tapi pasal 2 lwn 1 kata masa penting dalam menentukan Anwar patut diteruskan hukuman, Anwar lepas atas sebab teknikaliti.Lani kita kata Anwar dah lelah dan bersih untuk kembali berpolitik. Rakyat Permatang Pauh terima dia. Isa diterima ahli UMNO. Kalau dia diterima Bagan Pinang tak ke sama dengan Anwar?Ada orang kata Isa dikambinghitamkan dan hanya didapati salah oleh mahkamah kangaroo yang diatur orang dalam UMNO. Cuba hangpa baca pertuduhan terhadap Isa sini, tak spesifik langsung dan lengkap. Serupa tak ada elemen masa dalam kes liwat Anwar. Tapi Isa tidak dihukum mahkamah. Kalau di bawa ke mahkamah, sonang lepas. Cuma kami nak tanya Azmin. Kesan perubatan tak ada. Macam mana ada DNA si Anwar Ibrahim dalam juboq Saiful? Penin dok pikiaq nak cari jawapan.Sekarang ni, wahai Azmin Tiga Serangkai! Mana satu yang lebih suci dalam debu?

Posted by The Unspinners at 5:30 PM

No comments:

Post a Comment