Monday, March 8, 2010

ANWAR GAGAL DALAM RAYUAN TERAKHIR
Putrajaya, Mahkamah Persekutuan semalam telah memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Haji Mahathir Bin Mohamad mempunyai kuasa dan mematuhi Perlembagaan ketika memecat Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan 11 tahun lalu.
Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdul Hamid Embong telah sebulat suara menolak rayuan terakhir Anwar untuk mengetepikan keputusan pemecatan yang berkuat kuasa pada 2 September 1998 sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan (fungsi dan kuasa Yang Dipertuan Agung untuk melantik dan memecat seorang menteri kabinet) hanya satu formaliti berdasarkan kepada kedudukannya sebagai Raja Berpelembagaan. Perdana Menteri boleh memutuskan seorang menteri seharusnya dipecat daripada jawatannya, maka Baginda tidak boleh menolaknya.

No comments:

Post a Comment