Wednesday, January 27, 2010

MAKLUMAN CERAMAH

OLEH KETUA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN YBHG DATO HJ ISHAK BIN HJ ISMAIL BERSAMA BEKAS SETIAUSAHA SULIT ANWAR DI KEMENTERIAN KEWANGAN SDR ANUAR SHAARI

BERTEMPAT DI BALAI RAYA TAMAN AMPANGAN, 70400 SEREMBAN, N.SEMBILAN

JAM 8.30 MALAM

SEMUA DIJEMPUT HADIR

"CERAMAH YANG BAKAL MENGGABUNGKAN SEORANG TOKOH YANG MENGGEGAR PWTC PADA PERHIMPUNAN AGONG UMNO TEMPOH HARI BERSAMA BEKAS ORANG KUAT KEADILAN YANG PASTI AKAN MENGGEGAR DAN MENARIK UNTUK DITONTON"

Friday, January 15, 2010

Friday, January 15, 2010

KERAJAAN KELANTAN 'CEKAP' MENGURUSKAN KEWANGAN

Kerajaan Kelantan memang 'cekap' dalam bab pengurusan ekonomi serta kewangan negeri. Sekelip mata dapat 'untung' RM 50 juta.

Ikuti kisah ini yang saya petik dari blog kickdefella dan ulasan saya di bahagian bawah.

Akibat langsung daripada kepandaian terlampau Almenantunya Nik Abdul Aziz, mesyuarat exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta.

Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin.

Pada 6hb Mac 2008, iaitu dua hari sebelum pilihanraya umum ke 12, YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan 2 buah persatuan perniaga dan penjaja di sekitar Kota Bharu. Di antara lain, kandungan MOU itu menjanjikan bahawa Projek Bazaar Tok Guru yang akan dimajukan oleh PMBK adalah sebuah projek tidak berorientasikan keuntungan. Ia lebih kepada hasrat murni MB untuk melihat para penjaja dari pasar lambak arked UDA dan peniaga pasar lama MPKB mendapat tempat baru yang lebih selesa untuk meniaga.

Tetapi, seperti yang didedahkan didalam blog ini sebelum ini, Almenantunya Nik Abdul Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab Rahman telah dengan penuh rendah diri memperhambakan harta kerajaan kepada pemaju swasta bernama Sensa Timur Sdn Bhd.

Ariffahmi yang memakai gelaran Ir. tanpa ditauliahkan untuk menurunkan tandatangan sebagai seorang jurutera profesional telah masuk ke dalam rundingan dengan Sensa Timur Sdn Bhd bagi memajukan sebidang tanah Kerajaan Negeri di Jalan Sultan Ibrahim iaitu tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tanah seluas 5.9 ekar itu pada asalnya dirancang untuk dimajukan sendiri oleh PMBK bagi pembinaan Hotel dan Servis Apartmen Madinatul Raudhah.

Di dalam perjanjian yang amat bijaksana oleh Almenantunya Nik Abdul Aziz, seluas 1.5 ekar diperuntukan untuk pembinaan Bazaar Tok Guru. Baki 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta pula dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd sebaik sahaja Bazar Tok Guru disiapkan oleh Sensa Timur. Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian itu, hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazar Tok Guru itupun selepas PMBK membayar balik sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang Almenantunya yang bijaksana pinjam bagi PMBK dari pemaju Sensa Timur itu. PMBK dan Kerajaan Negeri tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan di tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama hampir satu abad.

Apabila dipersoalkan oleh seorang exco kewarasan untuk masuk perjanjian dengan Sensa Timur, Almenantunya berkata ia adalah kerana Sensa Timur telah bersetuju untuk menderma bagi sekolah Tok Guru di Pulau Melaka. Sekolah tersebut diuruskan oleh anak-anak lelaki Nik Aziz.

Antara punca kecurigaan di dalam pemberian kontrak kepada Sensa Timur ialah kerana sebelum ini Sensa Timur telah membina Bazar Tengku Anis yang menghadapi banyak rungutan daripada peniaga. Diantara alasan mengapa peniaga tidak mahu berpindah ke situ ialah kerana ruang niaga yang amat sempit. Akibatnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam terpaksa mengambil tindakan ‘Islamik’ dengan satu aksi ‘bail out’ berjumlah lebih kurang RM18 juta kepada Sensa Timur berserta pemberian tapak dan bangunan Pasar Lama MPKB di tengah-tengah bandar kepada Sensa Timur dengan hanya berharga RM3.8 juta sahaja.

Urusan ‘Islamik’ MPKB Bandar Raya Islam kepada Sensa Timur ini menimbulkan seribu satu pertanyaan, kebetulan pula di dalam proses Membangun Bersama Islam, seorang mak Datin dari pihak Sensa Timur mempunyai hubungan amat intim dengan Datin Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Aziz dan ibu mertua kepada Almenantunya. Apatah lagi abang ipar Almenantunya yang menjolok dirinya sebagai Al Fadhil Nik Abduh Bin Dato’ Nik Abdul Aziz duduk sebagai Ahli Majlis MPKB Bandar Raya Keluarga Islam Pulau Melaka.

Di dalam waktu yang sama, Al Fadhil abang ipar ini yang juga ahli lembaga pengarah sebuah lagi agensi milik Kerajaan Negeri telah memindah nombor pendaftaran PAS 17 miliknya dari SUV CRV ke sebuah MPV bernilai lebih kurang RM240,000. Al Fadhil juga dilaporkan baru membeli rumah kedai bernilai RM500,000 di Rantau Panjang.

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bersetuju untuk memberikan tingkat 1 (tingkat bawah) Bazar Tok Guru sebagai tempat penempatan semula para penjaja dan peniaga yang akan berpindah ke situ dari tapak lama mereka di Arked UDA dan Pasar Lama MPKB. Apabila Almenantunya membuat perjanjian yang bijaksana yang berorientasikan keuntungan maha besar sebagai hantaran kasih sayang kepada Bapa Mertuanya, para peniaga ini telah diarahkan membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 sahaja. Tingkat bawah telah Almenantunya berikan kepada Sensa Timur dan termaktub di dalam perjanjian.

Membangun Bersama Islam mesti cakap serupa bikin. Jadi para exco terpaksa bertungkus lumus mencari penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan air muka Tok Guru yang masih beranggapan Almenantunya adalah lelaki muda terhebat di Kelantan. Kemelut ini akhirnya terhumban ke atas bahu YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yacob.

MB berhadapan dengan tindakan saman oleh Sensa Timur jika ianya bertindak dengan tidak menghormati perjanjian PMBK dengan Sensa Timur. Almenantunya pula sudah mengambil deposit dari pihak-pihak yang diberi diskaun membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 Bazar Tok Guru. Akhirnya Kerajaan PAS Kelantan yang dilantik oleh rakyat untuk membela rakyat terpaksalah mengambil RM23 juta dari kantung kecil Perbendaharaan Negeri untuk membayar pampasan kepada Sensa Timur Sdn Bhd.

Maka akan larilah bajet sebanyak RM23 yang sepatutnya digunakan untuk faedah rakyat yang mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

Kerajaan Negeri akan kehilangan hampir RM50 juta. Hampir RM30 juta ialah kehilangan dari hasil pemberian tanah Kerajaan Negeri kepada Sensa Timur dan RM23 juta kerana menebus maruah Tok Guru dengan mengambil balik tingkat bawah Bazar Tok Guru. Ini adalah jasa besar Almenantunya Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Menantu kaki bohong
Namanya Ariffahmi.

Sumber : Kickdefella

pak ajis sudah dipenghujung karier nya sebagai "Gus Dur" Malaysia
menatu pula buat huru hara
dua setiausaha dah hilang entah kemana
tinggal pak ajis menunggu masa ditebas oleh husam musa
BISHOP NUAR NGAN PR YANG SOKONG
KENAPA UMNO JADI MANGSA?

Masih ingat kata-kata bro nuar "para bishop-bishop mai pakat sokong pakatan rakyat, semua jangan risau, saya ada saya janji akan bantu" kalau lupa sila le buka you tube @ anwaribrahim.com. Hari ni baca paper je terus nampak cerita si Bishop Khalid Samad Shah Alam ngan Siti Mariah Kota Raja. Seorang kritik MAIS & JAIS (dibawah exco Datuk Hassan Ali) sorang lagi tuduh UMNO jadi dalang bakar gereja. apa punya pelik la pemimpin-pemimpian Parti Sekular Malaysia @ PAS, kuman seberang laut dia nampak tapi gajah depan mata. Terang-terangan Nuar Berahim dan son erdogan dia si Khalid Samad sokong puak Kristian menggunakan khalimah Allah dalam majalah terbitan mereka sampaikan MAIS dan JAIS pun kena balun, marah betul dia ni kat Datuk Hassan Ali. Sehingga ke hari ni masih belum dengar komen-komen yang bernas dari PAS yang bertopengkan islam mungkin mereka masih menunggu green light dari de-factor PR mereka untuk menghujahkan komen-komen mereka. Dua tiga kuncu mereka gagal dalam memporak peranda kan isu ini kerana jati diri umat islam di negara ini bukan mudah diperkotak-katik kan (selain segelintir ahli PAS Perak). Allah hanya untuk umat yang mempercayai kewujudan dan keagungan nya dan bukan hanya untuk ditulis atau disebut seperti yang diminta kristian. Para pemimpin PR jangan la cuba menangguk di air yang keruh, isu ciptaan nuar berahim ini semata-mata hanya untuk mengaburi penyokong-penyokong nya yang sedia buta supaya isu liwat nya dapat dialihkan dari perhatian umum. Nasihat buat sorang Yb Perempuan yang cuba nak popular untuk meraih perhatian kerana dia semangnya sering dilupakan, Yb Siti Mariah jaga la kawasan anda yang anda menangi bukan kerana kehebatan anda cuma rezeki dan takdir yang Allah sudah menetukan kerusi itu untuk anda. Cari la isu yang lebih membangunkan islam bukan meruntuhkan islam dan memecah belah kan nya. sejahat-jahat umat islam sekalipun kita tetap bersaudara. jangan kerana sokongan dan undi Yb lupa diri dan arah tuju hidup.

Sunday, January 10, 2010

TAKZIAH BUAT DATO HAJI ISHAK BIN HAJI ISMAIL KETUA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN

Warga UMNO Bahagian Seremban mengucapkan takziah buat Ybhg Hj Dato Ishak Bin Ismail diatas pemergian bapa mentua beliau semalam. Diringi doa buat Allahyarham moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Al-Fatihah

Wednesday, January 6, 2010

Mahkamah benar permohonan Menteri Dalam Negeri isu 'Allah'
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam majalah Herald-The Catholic Weekly sementara menunggu rayuan kes itu. Hakim Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan itu dalam kamarnya, yang turut dipersetujui Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam yang dinamakan sebagai responden.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku pemohon, berkata permohonan itu dibuat kerana kes berkenaan membabitkan kepentingan negara. Katanya, kedua-dua pihak juga tidak perlu mengemukakan hujah panjang lebar yang boleh menyebabkan permohonan itu berlarutan dalam jangka masa yang lama bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan ketegangan dalam negara berhubung isu itu. "Saya berterima kasih kepada responden kerana bersetuju dengan permohonan penangguhan ini dan kami akan berusaha sedaya upaya supaya rayuan kes dapat didengar secepat mungkin dan percaya ia akan didengar dalam masa terdekat.

"Saya berharap semua pihak tidak memberi persepsi yang salah hanya kerana kes ini didengar dengan segera... tiada yang salah dalam hal ini malah di Australia permohonan penangguhan didengar beberapa hari selepas sesuatu keputusan dibuat. "Oleh kerana kedua-dua pihak bersetuju dengan permohonan ini, maka kes rayuan juga hendaklah dijalankan tanpa perlu berlengah demi kebaikan negara. Saya harap keputusan mahkamah hari ini dihormati dan tidak disalah anggap," katanya. Abdul Gani turut menolak anggapan sesetengah pihak bahawa kes itu seolah-olah disegerakan kerana ia mendapat tekanan daripada masyarakat. Beliau meminta semua pihak dapat memberikan ruang supaya kes berkenaan berjalan dengan sempurna.
Katanya, Lau juga memaklumkan kepada semua pihak bahawa alasan penghakiman akan diberikan secepat mungkin bagi membolehkan prosiding rayuan dijalankan segera. Abdul Gani turut menempelak soalan dikemukakan seorang wartawan asing yang mahukan kepastian sama kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Syariah. Katanya, media tidak seharusnya
menyebarkan khabar angin dan perlu memahami kedudukan beliau yang tidak mempunyai bidang kuasa syariah. Sementara itu, peguam responden, Derek Fernandez, berkata pihaknya bersetuju dengan permohonan berkenaan demi keamanan negara dan meminta mahkamah mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berhubung kes itu di luar mahkamah. Pada 31 Disember lalu, Lau membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur dan mengisytiharkan bahawa kalimah 'Allah' bukan eksklusif kepada Islam saja. Dalam penghakiman lisannya, beliau berkata, Herald
mempunyai hak dari segi perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu bagi menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya. Lau juga mengisytiharkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari tahun lalu yang memberikan permit penerbitan kepada Herald bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009 dengan syarat ia dilarang menggunakan kalimah 'Allah', adalah batal dan tidak sah.
Pada prosiding semalam, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan turut diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, Suzana Atan, Andi Razalijaya A Dadi, Mahamad Naser Disa dan Arik Sanusi Yeop Johari. Responden pula turut diwakili peguam S Selvarajah, Benjamin Dawson dan Annou Xavier. Terdahulu, Lau menolak permohonan peguam Abdul Rahim Sinwan, Zainul Rijal Abu Bakar dan Haniff Khatri yang mewakili enam Majlis Agama Islam untuk hadir sama dalam prosiding permohonan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu. Tujuh majlis itu ialah Majlis Agama Islam Terengganu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Agama Islam Johor dan Majlis Agama Islam Melaka serta Pertubuhan Cina Islam Malaysia (Macma).
sumber berita harian 07 Januari 2010
Anwar yang terdahulu dalam ceramahnya pernah menyeru bishop-bishop (paderi) menyokong Pakatan Rakyat dan menjanjikan kesamarataan agama termasuk Agama Islam bukan lagi keutamaan demi kepentingan politik Pakatan Rakyat termasuk PAS. Hari ini kaum Kristian yang terlalu sedikit jumlahnya di Malaysia sudah berani bersuara dan menunjukkan belang mereka, ini terjadi kerana manusia jahil seperti Anwar Ibrahim yang mudah menabur janji tetapi akhirnya setiap yang dijanji tidak akan terlaksana. Janji nya hanya untuk meraih undi tetapi bukan untuk dilaksana. Agama Islam adalah Agama Rasmi Malaysia yang mana Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Agama Islam manakala Allah s.w.t pastinya milik penganut yang mempercayai kewujudan Allah s.w.t iaitu islam dan Allah bukan hanya sekadar untuk disebut atau ditulis.

Friday, January 1, 2010

SURAT TERBUKA DARI HUSAM MUSA UNTUK TUN MAHATHIR

JAN 1 — Untuk Tun Dr Mahathir,

(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh. Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom — RM425 juta

b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana — anggaran awal RM360 juta

c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380 juta

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows:

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North-South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,

4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and

8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM500 juta — pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai

e. Kompleks CIQ berharga RM1 bilion menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex, foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang-Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga — dianggarkan di antara RM500 juta hingga RM700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa
PERGINYA SEORANG PEJUANG BANGSA, PEJUANG UMNO SEJATI

Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara di sini, pagi ini.

Allahyarham Mohamed yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur," kata Nur Jazlan ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu jenazah Allahyarham Mohamed akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar hari ini.

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir di rumah beliau di 42 Jalan Setiajaya, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Sepanjang pembabitan dalam politik beliau lebih mesra dengan panggilan "Tok Mat".

Beliau merupakan bekas setiausaha agung Umno, jawatan disandang sejak Umno baru ditubuhkan. Jawatan itu disandang sehingga 1996 selain turut berperanan sebagai setiausaha agung Barisan Nasional dari 1988 sehingga 1999.

Mohamed menyertai Umno pada 1963 dan terpilih menjadi sebagai Ahli Parlimen selama 30 tahun sehingga 1999.

Untuk rekod pada 10 Jun 2008, Mohamed pernah dimasukkan ke Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana sakit dada. Allahyarham menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas.

Salam Takziah buat Puan Sri Salbiah Abdul Hamid serta keluarga

Al-Fatihah