Friday, January 1, 2010

PERGINYA SEORANG PEJUANG BANGSA, PEJUANG UMNO SEJATI

Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara di sini, pagi ini.

Allahyarham Mohamed yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur," kata Nur Jazlan ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu jenazah Allahyarham Mohamed akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar hari ini.

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir di rumah beliau di 42 Jalan Setiajaya, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Sepanjang pembabitan dalam politik beliau lebih mesra dengan panggilan "Tok Mat".

Beliau merupakan bekas setiausaha agung Umno, jawatan disandang sejak Umno baru ditubuhkan. Jawatan itu disandang sehingga 1996 selain turut berperanan sebagai setiausaha agung Barisan Nasional dari 1988 sehingga 1999.

Mohamed menyertai Umno pada 1963 dan terpilih menjadi sebagai Ahli Parlimen selama 30 tahun sehingga 1999.

Untuk rekod pada 10 Jun 2008, Mohamed pernah dimasukkan ke Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana sakit dada. Allahyarham menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas.

Salam Takziah buat Puan Sri Salbiah Abdul Hamid serta keluarga

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment