Friday, January 1, 2010

SURAT TERBUKA DARI HUSAM MUSA UNTUK TUN MAHATHIR

JAN 1 — Untuk Tun Dr Mahathir,

(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh. Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom — RM425 juta

b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana — anggaran awal RM360 juta

c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380 juta

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows:

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North-South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,

4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and

8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM500 juta — pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai

e. Kompleks CIQ berharga RM1 bilion menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex, foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang-Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga — dianggarkan di antara RM500 juta hingga RM700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa

No comments:

Post a Comment