Sunday, November 29, 2009

LAYAKKAH NIK AZIZ
DIPANGGIL TOK GURU?
bermula tarikh hari ini blog ini tidak akan memanggil Nik Aziz sebagai tok guru lagi kerana saya antara orang yang telah mula hilang rasa hormat kepada beliau apabila kenyataan yang terbaru amat menduka citakan saya sebagai seorang umat islam, firman Allah s.w.t dalam surah A-li Imraan ayat [199] "Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya". Mungkin saya kurang ariff akan selok belok agama berbanding beliau namun dari sudut pandangan dan akal yang waras perkara doa-mendoakan seseorang islam supaya binasa kerana kebendaan dunia adalah satu perkara yang hilang akal. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 44 "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" kenyataan beliau tentang ulama juga amat meragukan "Saya nak tanya balik, ulama benda apa... siapa dia ulama. Di zaman nabi ulamalah yang tentang Nabi Muhammad, zaman nabi, ahli kitab Nasara dan Yahudi dipanggil ulama.
"Mereka yang lawan nabi ialah ulama. Inilah ulama jahat. Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin mengenai ulama jahat, kerana ulama ialah waris nabi."
begitu tinggi sungguh ilmu Nik Aziz hari ini sehingga beliau seolah-olah seorang yang boleh menentukan sesuatu tafsiran tanpa perlu merujuk kepada sesiapa dan beliau juga berkata "Nabi Muhammad turut berdoa kepada Allah supaya menurunkan bala kepada mereka yang zalim" persoalannya siapa yang zalim? sepanjang 20 tahun pemerintahan nya rakyat Kelantan daif dan rakyat Kelantan berpeleseran di Negeri-Negeri yang maju yang lain tetapi bukan di Kelantan. sepanjang pentadbiran PAS di Kelantan tiada sebarang kemajuan dilaksanakan malah masjid baru juga tidak kelihatan, Siapa yang Zalim????. inilah pemasalahan nya apabila sesuatu parti dinamakan mengikut islam. PAS semakin hanyut dan saya antara jutaan rakyat Malaysia berdoa kepada Allah s.w.t agar Nik Aziz diberikan Allah s.w.t kekuatan supaya dapat bertaubat dan mencari jalan yang benar diluar bidang politik dan usahlah menyesatkan lagi penyokong-penyokong beliau;.Penyokong PAS harus sedar bahawa jangan terlalu taksub dengan hujan dan saranan Nik Aziz kerana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat [166] (Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.. Adalah satu perkara yang haram sekiranya mendoakan keburukkan atau kehancuran antara sesama umat islam. lihatlah apa yang berlaku di Iraq mereka bertelagah sesama islam sedang islam meminta kita bersatu...

Saturday, November 28, 2009




PAS TERUS BEGOLAK


Senario didalam Parti Islam Se-Malaysia hari inisemakin memudahkan PKR bermaharajalela dengan aksi tuding menunding sesama sendiri, dan timbul pula satu lagi kumpulan baru didalam PAS yang dipanggil "kolenal MAT" adakah mereka sengaja dihantar oleh PKR untuk terus memecahbelahkan PAS dan kepastian yang Brader Anwar Ibrahim mungkin dilantik sebagai orang tengah sebagai satu langkah untuk rundingan bagi memulihkan permasalah dalaman kerana seperti yang kita semua sedia maklum Brader Anwar adalah dilebel sebagai "de-factor" dalam pakatan rakyat itu sendiri. Pada ketika itu kemungkinan saudara Husam Musa yang sememangnya kambing hitam Brader Anwar didalam PAS akan dilantik ke jawatan Menteri Besar Kelantan dan pada ketika itu Brader Anwar akan sekali lagi dilantik sebagai penasihat ekonomi RM1 bagi Negeri Cik Siti Wan Kembang sebagai penasihat ekonomi dan tujuan utama pelantikannya adalah untuk membela dan menuntut Royalti Petroleum bagi negeri Kelantan. Pihak teringgi yang juga Presiden PAS masih belum bersuara mengenai bakal MB Kelantan sedangkan pilihan adalah ditangannya dan selaku yang layak sebagai Presiden PAS. siapa Husam dan Nik Amar untuk bersuara dan menyokong sesiapa sedangkan Presiden PAS masih belum menamakan pilihan pucuk pimpinan PAS bagi menggantikan Tok Guru MB Kelantan yang akan mengakhiri kerier politiknya dalam keadaan yang menjijikan. Mungkin faktor usia tidak menyebelahi Tok Guru Nik Aziz untuk memimpin sedangkan nafsunya masih bergelora lagak seperti muda perkasa. PAS harus berdiri sendiri dan perlu segera sedar akan dakyah yang sedang ditujangi oleh PKR bagi memusnahkan PAS yang berteraskan islam sedangkan PKR lebih suka untuk menyebelahi DAP sebagai rakan perjuangan mereka kerana dasar mereka juga sama.

Monday, November 16, 2009

PENDEDAHAN EXCLUSIVE KEKAYAAN AZMIN ALI
OLEH X-PKR



1. Rundingan malam tadi sukses! Informer telah menyerahkan dua salinan dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar serta keluarga yang bernilai hampir setengah juta RM. Semuanya jelas atas nama Azmin dan isterinya.
_
2. Salinan dokumen adalah pada tahun 1992. Ketika ini AnWAR adalah Menteri Kewangan dan sedang mendaki tangga TPM. Semasa menjadi Menteri Kewangan AnWAR juga adalah Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang sekretariatnya ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apakah moral AnWAR sebagai ketua sedangkan pegawainya Azmin, Setiausaha Sulitnya MAMPU membeli saham bernilai hampir setengah juta RM.
_
3. Azmin ketika itu masih baru dalam perkhidmatan kerajaan dan gaji pegawai muda sepertinya ketika itu tidak melebihi RM2200. Sebagai penjawat awam, Azmin juga wajib mengisytiharkan harta yang dimiliknya. Adakah beliau berbuat demikian? Jika beliau berbuat demikian, adakah pemilikan saham bernilai jutaan RM ini diisytiharkan? (Difahamkan akan ada lagi pemilikan saham yg lain bernilai lebih dari ini).
_
4. Menurut sumber BPR, salahlaku Azmin berkaitan rasuah dan salahguna kuasa pernah diadukan kepada mereka. Namun aduan ini tidak kemana. Apakah AnWAR campurtangan menghalang siasatan ke atas Azmin? Apakah kes ini yang dimaksudkan? Kita tidak tahu, AnWAR dan Azmin perlu tampil menjelaskan keadaan!
_
5. Menurut informer, ada lagi pemilikan saham-saham atas nama Shamsidar jyang bernilai jutaan RM. TAktik apakah ini? Apakah ia sebagai proksi atau imbuhan? Dan menurut sumber itu lagi, beliau sudi untuk memberikan salinan dokumen yang dimaksudkan kepada blogmaster selepas ini. Pasti 'lakonan' AnWAR dan Azmin menafikan semakin menarik. Sama-sama kita nantikan salinan dokumen seterusnya.....
_
Sunday, November 15, 2009

Wednesday, November 11, 2009

KENAPA WANITA @ ISTERI PERLU JADI GADAIAN POLITIK PAS?
.
Beberapa pengakuan daripada Datin-Datin dan Isteri-Isteri pemimpin PAS berkenaan dengan Bai'ah bagi memastikan tiada ADUN-ADUN PAS melompat parti malah hal ini juga seolah-olah disahkan oleh YB Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Selangor. Para Ulamak-Ulamak Tok Guru-Guru didalam PAS seolah-olah menjadikan tiket diri mereka sebagai ulamak untuk membuat sewenang-wenang berkaitan dengan hal agama. Perkara ini nyata memberikan kebimbangan terhadap institusi kekeluargaan, bayangkan sekiranya perkara (bai'ah) ini menjadi ikutan kepada ahli-ahli yang taksub pada perjuangan PAS itu? sedang Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa ayat [1] Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. PAS perlu menjelaskan segera pendirian mereka berhubung dengan perkara ini dan Presiden dan Mursyidul AM PAS perlu segera menyiasat dan membuat pejelasan berhubung dengan perjanjian dalaman PAS yang seolah-olah berat sebelah ini kerana bai'ah ini seperti memperjudikan nasib isteri-isteri mereka (pemimpin-pemimpin PAS)
.
berikut dapat disertakan sedikit maklumat berkaitan dengan bai'ah;
.
Menurut Hadhrat Shah Waliyullah Dehlawi Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Al-Qaulul Jamil terdapat beberapa bahagian Bai‘ah iaitu:
.
1. Bai‘ah untuk taat setia kepada Khalifah.
2. Bai‘ah untuk menerima Agama Islam.
3. Bai‘ah untuk tetap teguh berpegang dengan Taqwa.
4. Bai‘ah untuk ikut berhijrah dan berjihad.
5. Bai‘ah untuk tetap setia menyertai Jihad.
.
Menurut Hadhrat Shah Abdullah Ghulam ‘Ali Rahmatullah ‘alaih, terdapat 3 jenis Bai‘ah.
.
Jenis yang pertama ialah apabila seseorang itu bertaubat pada tangan seorang yang suci dan berbai‘ah untuk meninggalkan perbuatan dosa, maka dosa-dosa besarnya juga akan turut terampun. Dia perlu mengulangi Bai‘ah kali yang kedua yakni Bai‘ah ini boleh berlaku berulang-ulang kali.
.
Jenis Bai‘ah yang kedua ialah apabila seseorang itu berbai‘ah untuk mendapatkan Nisbat Khandaniyah yakni nisbat dengan sesuatu golongan atau kelompok bagi mendapatkan perkhabaran baik yang menjadi kekhususan bagi golongan tersebut. Di samping itu dia mengharapkan Syafa’at yang tidak terbatas menerusi golongan tersebut. Misalannya, seseorang itu berbai‘ah dengan Silsilah Qadiriyah supaya mendapatkan perkhabaran baik Hadhrat Ghauts Tsaqilain Syeikh Abdul Qadir Jailani Rahmatullah ‘alaih yang mana beliau telah berkata bahawa, “Para murid dalam silsilahku tidak akan meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat.” Bai‘ah seperti ini tidak perlu dilakukan berulang-ulang.
.
Jenis Bai‘ah yang ketiga ialah apabila seseorang itu berniat untuk mengambil faedah dan istifadah dari sesuatu Khandan atau golongan. Jika seseorang itu telah berikhtiar dan berusaha untuk melaksanakan Zikir dan Wazifah Khandan tersebut secara ikhlas namun tidak berupaya melaksanakannya maka untuk dirinya, dengan kebenaran yang menjadi kebiasaan ialah hendaklah merujuk kepada mana-mana orang suci dari kelompok atau golongan yang lain dan berbai‘ah dengan Murshid yang lain sama ada Murshid yang sebelum itu redha mahupun tidak. Akan tetapi tidak boleh sekali-kali menafikan kesucian dan kesalehan Murshid yang terdahulu sebaliknya hendaklah beranggapan bahawa mungkin tuahnya tiada di sana. Jika seseorang Murid mendapati Murshid mengabaikan pengamalan Syari’at dan usul-usul Tariqat dan dirinya terikat dengan ahli-ahli duniawi dan mencintai dunia, maka hendaklah dirinya mencari Murshid yang lain bagi menghasilkan limpahan Faidhz batin dan kecintaan serta Ma’rifat. Adapun, amalan mengulangi Bai‘ah memang ada berlaku di zaman Hadhrat Baginda Rasulullah Salllallhu ‘Alaihi Wasallam, begitu juga di zaman Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in, Para Tabi’in dan Tabi’it Tabi’in.

Wednesday, November 4, 2009


AKHIRNYA BUKTI SEMAKIN NYATA


Konflik dalaman yang melanda MCA hari ini semakin kronik dan memerlukan pembedahan segera bagi membuang barah-barah yang semakin mencacatkan MCA itu sendiri. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi pandangan bahawan Datuk Seri Chua Soi Lek masih lagi Timbalan Presiden MCA memandangkan beliau tidak digugurkan sebaliknya hanya digantung dan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA (CC) telah menarik balik penggantungan tersebut dan menerima semula Datuk Seri Chua sebagai Timbalan Presiden dan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang seolah-olah melantik dirinya sendiri sebagai Timbalan Presiden pada ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada ketika Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat bercuti selama 4 hari dikembalikan semula ke jawatan hakikinya Naib Presiden MCA.


Satu lagi tindak tanduk Datuk Seri Liow Tiong Lai yang seolah-olah dalang dalam gerakan secara senyap untuk menjatuhkan Presiden dan Timbalan Presiden adalah dengan menyokong usul supaya Mesyuarat Agong Luar Biasa atau EGM diadakan sekali lagi bagi menyelesaikan masalah dalaman yang melanda parti itu daripada menyokong pelan perpaduan yang dirancangkan oleh Presiden parti MCA. Sekalipun beliau bertiegas bahawa beliau bukan dalang dalan krisis kepimpinan MCA hari ini, tindak tanduk beliau jelas menunjukan siapa sebenarnya yang menjadi dalang dan yang terbaru mahu mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke muka pengadilan. Apa guna menang dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi orang yang tidak bertanding jawatan tersebut tiba-tiba sahaja bertindak untuk membuat keputusan dan menyandang jawatan tersebut pada ketika kekalutan melanda seolah-olah menangguk di air yang keruh, pelik tetapi benar akan hakikat ini. Malah Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib juga menyifatkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah adalah berdasarkan undang-undang. Pelan damai antara Datuk Seri Ong dan Datuk Seri Chua itu juga turut dipersetujui oleh mantan Presiden Barisan Nasional Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mengikut sejarah terbabit dalam penyelesaian isu perebutan jawatan MCA pada pimpinan yang terdahulu.



Beberapa Bahagian MCA juga telah mula menyuarakan pandangan berkaitan dengan krisis dalaman MCA ini termasuk Perhubungan MCA Pulau Pinang yang dipimpin oleh Datuk Seri Liow. Menteri Kesihatan ini juga perlu memikirkan cara untuk menyatukan semula MCA bukannya dengan menangguk di air yang keruh untuk menyandang jawatan. Kaum Tionghua sudah semakin condong ke arah pembangkang dibawah pimpinan DAP dan beliau selaku Pengerusi MCA Pulau Pinang seharusnya memikirkan cara untuk menawan semula Pulau Pinang daripada DAP. Pelan damai yang diimpikan oleh Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Chua Soi Lek akan menjadikan MCA sebagai sebuah parti yang hebat dan dinamik memandang status dan pengalaman mereka berdua termasuk Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Naib Presiden MCA mampu membantu dalam merencanakan MCA kearah keutuhan dan mantap bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.


Bersatulah MCA demi 1 Malaysia tercinta