Wednesday, November 4, 2009


AKHIRNYA BUKTI SEMAKIN NYATA


Konflik dalaman yang melanda MCA hari ini semakin kronik dan memerlukan pembedahan segera bagi membuang barah-barah yang semakin mencacatkan MCA itu sendiri. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi pandangan bahawan Datuk Seri Chua Soi Lek masih lagi Timbalan Presiden MCA memandangkan beliau tidak digugurkan sebaliknya hanya digantung dan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA (CC) telah menarik balik penggantungan tersebut dan menerima semula Datuk Seri Chua sebagai Timbalan Presiden dan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang seolah-olah melantik dirinya sendiri sebagai Timbalan Presiden pada ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada ketika Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat bercuti selama 4 hari dikembalikan semula ke jawatan hakikinya Naib Presiden MCA.


Satu lagi tindak tanduk Datuk Seri Liow Tiong Lai yang seolah-olah dalang dalam gerakan secara senyap untuk menjatuhkan Presiden dan Timbalan Presiden adalah dengan menyokong usul supaya Mesyuarat Agong Luar Biasa atau EGM diadakan sekali lagi bagi menyelesaikan masalah dalaman yang melanda parti itu daripada menyokong pelan perpaduan yang dirancangkan oleh Presiden parti MCA. Sekalipun beliau bertiegas bahawa beliau bukan dalang dalan krisis kepimpinan MCA hari ini, tindak tanduk beliau jelas menunjukan siapa sebenarnya yang menjadi dalang dan yang terbaru mahu mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke muka pengadilan. Apa guna menang dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi orang yang tidak bertanding jawatan tersebut tiba-tiba sahaja bertindak untuk membuat keputusan dan menyandang jawatan tersebut pada ketika kekalutan melanda seolah-olah menangguk di air yang keruh, pelik tetapi benar akan hakikat ini. Malah Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib juga menyifatkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah adalah berdasarkan undang-undang. Pelan damai antara Datuk Seri Ong dan Datuk Seri Chua itu juga turut dipersetujui oleh mantan Presiden Barisan Nasional Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mengikut sejarah terbabit dalam penyelesaian isu perebutan jawatan MCA pada pimpinan yang terdahulu.



Beberapa Bahagian MCA juga telah mula menyuarakan pandangan berkaitan dengan krisis dalaman MCA ini termasuk Perhubungan MCA Pulau Pinang yang dipimpin oleh Datuk Seri Liow. Menteri Kesihatan ini juga perlu memikirkan cara untuk menyatukan semula MCA bukannya dengan menangguk di air yang keruh untuk menyandang jawatan. Kaum Tionghua sudah semakin condong ke arah pembangkang dibawah pimpinan DAP dan beliau selaku Pengerusi MCA Pulau Pinang seharusnya memikirkan cara untuk menawan semula Pulau Pinang daripada DAP. Pelan damai yang diimpikan oleh Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Chua Soi Lek akan menjadikan MCA sebagai sebuah parti yang hebat dan dinamik memandang status dan pengalaman mereka berdua termasuk Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Naib Presiden MCA mampu membantu dalam merencanakan MCA kearah keutuhan dan mantap bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.


Bersatulah MCA demi 1 Malaysia tercinta

No comments:

Post a Comment