Wednesday, November 11, 2009

KENAPA WANITA @ ISTERI PERLU JADI GADAIAN POLITIK PAS?
.
Beberapa pengakuan daripada Datin-Datin dan Isteri-Isteri pemimpin PAS berkenaan dengan Bai'ah bagi memastikan tiada ADUN-ADUN PAS melompat parti malah hal ini juga seolah-olah disahkan oleh YB Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Selangor. Para Ulamak-Ulamak Tok Guru-Guru didalam PAS seolah-olah menjadikan tiket diri mereka sebagai ulamak untuk membuat sewenang-wenang berkaitan dengan hal agama. Perkara ini nyata memberikan kebimbangan terhadap institusi kekeluargaan, bayangkan sekiranya perkara (bai'ah) ini menjadi ikutan kepada ahli-ahli yang taksub pada perjuangan PAS itu? sedang Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa ayat [1] Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. PAS perlu menjelaskan segera pendirian mereka berhubung dengan perkara ini dan Presiden dan Mursyidul AM PAS perlu segera menyiasat dan membuat pejelasan berhubung dengan perjanjian dalaman PAS yang seolah-olah berat sebelah ini kerana bai'ah ini seperti memperjudikan nasib isteri-isteri mereka (pemimpin-pemimpin PAS)
.
berikut dapat disertakan sedikit maklumat berkaitan dengan bai'ah;
.
Menurut Hadhrat Shah Waliyullah Dehlawi Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Al-Qaulul Jamil terdapat beberapa bahagian Bai‘ah iaitu:
.
1. Bai‘ah untuk taat setia kepada Khalifah.
2. Bai‘ah untuk menerima Agama Islam.
3. Bai‘ah untuk tetap teguh berpegang dengan Taqwa.
4. Bai‘ah untuk ikut berhijrah dan berjihad.
5. Bai‘ah untuk tetap setia menyertai Jihad.
.
Menurut Hadhrat Shah Abdullah Ghulam ‘Ali Rahmatullah ‘alaih, terdapat 3 jenis Bai‘ah.
.
Jenis yang pertama ialah apabila seseorang itu bertaubat pada tangan seorang yang suci dan berbai‘ah untuk meninggalkan perbuatan dosa, maka dosa-dosa besarnya juga akan turut terampun. Dia perlu mengulangi Bai‘ah kali yang kedua yakni Bai‘ah ini boleh berlaku berulang-ulang kali.
.
Jenis Bai‘ah yang kedua ialah apabila seseorang itu berbai‘ah untuk mendapatkan Nisbat Khandaniyah yakni nisbat dengan sesuatu golongan atau kelompok bagi mendapatkan perkhabaran baik yang menjadi kekhususan bagi golongan tersebut. Di samping itu dia mengharapkan Syafa’at yang tidak terbatas menerusi golongan tersebut. Misalannya, seseorang itu berbai‘ah dengan Silsilah Qadiriyah supaya mendapatkan perkhabaran baik Hadhrat Ghauts Tsaqilain Syeikh Abdul Qadir Jailani Rahmatullah ‘alaih yang mana beliau telah berkata bahawa, “Para murid dalam silsilahku tidak akan meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat.” Bai‘ah seperti ini tidak perlu dilakukan berulang-ulang.
.
Jenis Bai‘ah yang ketiga ialah apabila seseorang itu berniat untuk mengambil faedah dan istifadah dari sesuatu Khandan atau golongan. Jika seseorang itu telah berikhtiar dan berusaha untuk melaksanakan Zikir dan Wazifah Khandan tersebut secara ikhlas namun tidak berupaya melaksanakannya maka untuk dirinya, dengan kebenaran yang menjadi kebiasaan ialah hendaklah merujuk kepada mana-mana orang suci dari kelompok atau golongan yang lain dan berbai‘ah dengan Murshid yang lain sama ada Murshid yang sebelum itu redha mahupun tidak. Akan tetapi tidak boleh sekali-kali menafikan kesucian dan kesalehan Murshid yang terdahulu sebaliknya hendaklah beranggapan bahawa mungkin tuahnya tiada di sana. Jika seseorang Murid mendapati Murshid mengabaikan pengamalan Syari’at dan usul-usul Tariqat dan dirinya terikat dengan ahli-ahli duniawi dan mencintai dunia, maka hendaklah dirinya mencari Murshid yang lain bagi menghasilkan limpahan Faidhz batin dan kecintaan serta Ma’rifat. Adapun, amalan mengulangi Bai‘ah memang ada berlaku di zaman Hadhrat Baginda Rasulullah Salllallhu ‘Alaihi Wasallam, begitu juga di zaman Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in, Para Tabi’in dan Tabi’it Tabi’in.

No comments:

Post a Comment