Tuesday, April 20, 2010

PKR HABIS 'MINYAK' DI SELANGOR

Setelah PAS Selangor jarang dilihat di kempen-kempen dua anak Ibrahim dari PKR iaitu Zaid Ibrahim dan abang 'tiri' nya Anwar Ibrahim dan DAP semakin sibuk untuk menyiapkan jentera parti mereka bagi bertanding di Sibu, Sarawak, PKR ibarat kuda lumba yang tempang selain dari diserang pelbagai isu peribadi seperti yang diamalkan PKR sebelum ini. Nyata pemilihan Hj Zaid sebagai calon di Hulu Selangor merupakan satu pemilihan yang silap dan terlalu bersifat peribadi. Retorik dari pemilihan itu dapat dilihat kegagalan PKR dalam mendahulukan akar umbi iaitu Cabang di Hulu Selangor. Pengunduran PKR Bekas Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat dari parti tersebut dan menyertai UMNO mampu merungkai permasalahan dalam PKR dan diyakni bahawa beberapa lagi ahli PKR akan keluar parti dan memprotes melalui undi mereka pada Pilihanraya 25hb kelak. Pelbagai gelaran diberikan terhadap calon PKR tersebut yang mana Parti PKR terus dihimpit tekanan apabila beberapa lagi pemimpin mereka mengumumkan keluar dari PKR.

Thursday, April 15, 2010

PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR
Seperti yang diramal P Kamalanathan dari parti MIC mewakili Barisan Nasional menentang Zaid Ibrahim dari PKR mewakili Pakatan Rakyat. penamaan calon Sabtu ini dijangka akan menjadikan saingan 4 penjuru sekira Hindraf dan Blogger Gerakan Anti PKR (GAP) menyertai pilihanraya tersebut. Walau siapa pun saya pasti akan memihak kepada Barisan Nasional seperti yang kita semua tahu bahawa Zaid Ibrahim adalah bekas Menteri Dalam Negeri dan rapat dengan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu dan seperti yang semua tahu beliau bukan lah orang yang disenangi dalam Pakatan Rakyat malah beliau sendiri pernah memilih Datul Nik Aziz sebagai Presiden Pakatan Rakyat dan menolak Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR. Track record beliau di Parlimen sepanjang menjadi Ahli Parlimen amat mengecewakan dan beliau sering di tegur oleh pemimpin Barisan Nasional kerana tindakannya tidak mencerminkan sikap kerajaan. P Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC adalah anak jati Rawang dan menjadi pilihan majoriti penduduk Hulu Selangor.

TAN WEI SHU ISTIHAR KELUAR
PKR

ADUN Bakar Arang
.
Khamis, satu lagi tamparan hebat diterima oleh Parti Keadilan Nasional PKR diatas keputusan ADUN Bakar Arang keluar dari parti tersebut. sebelum ini Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menafikan desas-desus mendakwa bekas Exco Kedah, Tan Wei Shu, merajuk dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan berkira-kira mahu melompat parti, Komen beliau kepada pihak media selepas ceramah perdana di Kota Sarang Semut semalam, Anwar menyampaikan kekesalan Tan Wei Shu diatas spekulasi jahat ini dan berkata Adun Bakar Arang itu kekal komited kepada PKR. Nyata segala yang disebut Anwar Ibrahim adalah andaian beliau semata-mata dan bukti satu lagi pembohongan yang dilakukan oleh beliau apabila Wei Shu mengumumkan keluar PKR.
.
Dalam pada itu, Wei Shu menegaskan, pengundurannya tidak ada kena mengena dengan pelucutan jawatannya sebagi Exco kerajaan negeri Kedah.“Saya tidak ada pilihan selain keluar daripada PKR. Jika saya masih membiarkan diri dipermainkan, bermakna saya turut bersubahat mempermainkan kepercayaan rakyat. “Saya tidak mementingkan apa-apa keistimewaan sebaliknya hanya berhasrat membantu rakyat. Lagi pula saya cuma tahu bercakap benar, tidak seperti orang lain yang bermuka dua dan lidah bercabang.
.
Beliau yang memilih untuk menjadi Adun Bebas juga turut kagum dengan usaha dan teladan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk berbakti kepada rakyat.
.
Dengan tindakan Wei Shu itu, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil Pas, 14 wakil Barisan Nasional (BN), tiga (PKR), satu DAP dan dua Bebas. Tamparan hebat buat Anwar dan PKR bagi menghadapi Pilihanraya Hulu Selangor.

Monday, April 12, 2010


SIAPA CALON BARISAN NASIONAL DI HULU SELANGOR?
.

Khamis ini bakal terjawab segala persoalan berkenaan dengan calon Barisan Nasional di Hulu Selangor. Impian untuk melihat calon dari UMNO bertarung dikawasan berkenaan tidak menjadi kenyataan setelah Pengerusi Barisan Nasional telah memberikan jaminan bahawa kerusi tersebut akan kekal milik MIC.
.
Oleh yang demikian beberapa nama telah kembali menjadi sebutan yang mana bekas calon yang juga Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel sekali lagi menjadi sebutan untuk dikembali dicalonkan, namun pada hemat saya Barisan Nasional tidak akan meletakkan semula Datuk G Palanivel setelah menerima komen balas dari rakyat di Hulu Selangor.
.
Timbalan Pemuda MIC Kebangsaan Sdr V.Mugilan dijangka antara calon yang paling layak bagi menerajui kerusi Parlimen di Hulu Selangor memandangkan beliau adalah Ketua Pemuda Hulu Selangor yang juga anak tempatan yang dilahirkan di Ladang Kerling, Kuala Kubu Baharu, berkelulusan dalam jurusan Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya yang mana kriteria ini amat menepati dengan jaminan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional bahawa BN akan membariskan anak tempatan bertanding di kawasan tersebut.
.
Walaupun terdapat beberapa nama lagi seperti Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel, Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, namun populariti Mugilan tidak dapat dinafikan.
.
Atas semangat 1 Malaysia dan Bagan Pinang mampu menjadikan semangat buat semua warga Barisan Nasional berhempas pulas bagi memastikan 1 lagi kerusi Parlimen PKR terjun ke tangan Barisan Nasional tidak kira siapa juga calon yang bakal diletakkan di Parlimen Hulu Selangor dan hal ini mampu menjadikan PKR semakin hilang arah dan tujuan. Sekiranya PKR meletakkan Datuk Zahid Ibrahim bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu nyata PKR sudah ketandusan calon yang mana orang Kelantan dipilih untuk bertanding di Selangor malah beliau juga adalah calon 'recycle' UMNO.
PERDANA MENTERI MALAYSIA & PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT
Datuk Seri Najib bersama Barack Obama
WASHINGTON 12 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Walter E. Washington Convention Center di sini, sebelum mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di tempat yang sama.

Pertemuan kira-kira setengah jam itu yang membuka lembaran baru dalam hubungan Kuala Lumpur-Washington turut disertai oleh Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan tujuh lagi pegawai tinggi kerajaan.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum ini memberitahu wartawan Malaysia, pertemuan hari ini akan menyentuh pelbagai perkara mengenai kepentingan bersama dan antarabangsa.

Ini termasuk soal perdagangan dan pelaburan, keselamatan antarabangsa dan rantau Asia Tenggara serta peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam konteks dunia Islam.
Najib juga mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden AS, Joseph Biden di kediaman rasminya di sini sebelum kembali semula ke Walter E. Washington Convention Center.

Sebelum ke sidang kemuncak dua hari itu, Perdana Menteri mengambil kesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, John Key yang turut menghadiri sidang kemuncak itu yang disertai oleh 47 pemimpin dunia.

Sidang kemuncak yang bertujuan menangani isu-isu berkaitan senjata nuklear bermula selepas itu dengan majlis perasmian disempurnakan oleh Obama.

Najib akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Hilary Clinton pada majlis makan malam. – IHSAN UTUSAN