Monday, April 12, 2010


SIAPA CALON BARISAN NASIONAL DI HULU SELANGOR?
.

Khamis ini bakal terjawab segala persoalan berkenaan dengan calon Barisan Nasional di Hulu Selangor. Impian untuk melihat calon dari UMNO bertarung dikawasan berkenaan tidak menjadi kenyataan setelah Pengerusi Barisan Nasional telah memberikan jaminan bahawa kerusi tersebut akan kekal milik MIC.
.
Oleh yang demikian beberapa nama telah kembali menjadi sebutan yang mana bekas calon yang juga Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel sekali lagi menjadi sebutan untuk dikembali dicalonkan, namun pada hemat saya Barisan Nasional tidak akan meletakkan semula Datuk G Palanivel setelah menerima komen balas dari rakyat di Hulu Selangor.
.
Timbalan Pemuda MIC Kebangsaan Sdr V.Mugilan dijangka antara calon yang paling layak bagi menerajui kerusi Parlimen di Hulu Selangor memandangkan beliau adalah Ketua Pemuda Hulu Selangor yang juga anak tempatan yang dilahirkan di Ladang Kerling, Kuala Kubu Baharu, berkelulusan dalam jurusan Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya yang mana kriteria ini amat menepati dengan jaminan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional bahawa BN akan membariskan anak tempatan bertanding di kawasan tersebut.
.
Walaupun terdapat beberapa nama lagi seperti Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel, Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, namun populariti Mugilan tidak dapat dinafikan.
.
Atas semangat 1 Malaysia dan Bagan Pinang mampu menjadikan semangat buat semua warga Barisan Nasional berhempas pulas bagi memastikan 1 lagi kerusi Parlimen PKR terjun ke tangan Barisan Nasional tidak kira siapa juga calon yang bakal diletakkan di Parlimen Hulu Selangor dan hal ini mampu menjadikan PKR semakin hilang arah dan tujuan. Sekiranya PKR meletakkan Datuk Zahid Ibrahim bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu nyata PKR sudah ketandusan calon yang mana orang Kelantan dipilih untuk bertanding di Selangor malah beliau juga adalah calon 'recycle' UMNO.

No comments:

Post a Comment