Tuesday, December 22, 2009

KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KELANTAN
LETAK JAWATAN

Gara-gara tertekan dengan isu yang berkaitan dengan dirinya berhubung status perkahwinan kedua beliau dengan Ilyani Mohd. Noor, 30 setelah kedua pasangan ini didapati berkahwin secara tidak sah pada 26 Disember 2008 di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor. Setelah isu tersebut mendapat liputan meluas media Dr Rosli Allani, 35 yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan bekas pegawai khas Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa telah melepaskan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Mengikut rekod Dr Rosli Allani juga antara yang kuat bersuara mendesak supaya menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ir. Abdul Ariffahmi Abd. Rahman segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Beliau mendakwa menjadi menjadi mangsa sindiket perkahwinan diuruskan oleh seorang bekas imam muda yang memberikan sijil dan kad perkahwinan tidak didaftarkan.
Berita ini terhasil apabila permohonan mentua kedua beliau Mohd. Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan untuk membatalkan perkahwinan pasangan tersebut kerana percaya perkahwinan yang berlangsung di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.

Monday, December 21, 2009

Terima hakikat sementara yang mana rakyat Pulau Pinang perlukan UMNO

Parti gerakan haruslah memandang perkara atau cadangan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dibawah pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai satu langkah proaktif bagi mengembalikan sokongan semula kepada Barisan Nasional. Memandangkan Ketua Pembangkang bagi Barisan Nasional didalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah Datuk Azhar Ibrahim dari parti UMNO, ini sudah cukup membuktikan bahawa UMNO sahaja yang akan mampu membantu dalam menyalurkan serta menyuarakan pandangan dan gesaan rakyat tika sidang DUN Pulau Pinang berlangsung. Gerakan seharusnya menerima hakikat bahawa UMNO harus diberikan mandat selaku Pengerusi Barisan Nasional sementara Gerakan berjaya memperoleh semula sokongan padu daripada rakyat Negeri Pulau Mutiara itu memandangakan 11 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen dimiliki oleh UMNO dan tiada 1 kerusi pun diwakili oleh parti dalam gabungan Barisan Nasional yang lain setelah Gerakan (13 Kerusi), MCA (10 Kerusi) dan MIC (2 kerusi) tumbang kepada parti lawan pada PRU yang baru lalu. Majoriti tersebut sudah cukup untuk memberikan kouta pimpinan Barisan Nasional Pulau Pinang kepada UMNO. Memandangkan semua Adun Barisan Nasional di Pulau Pinang ini diwakili oleh UMNO dan seharusnya Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional membuat keputusan sewajarnya demi Rakyat Pulau Pinang sesuai dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Manadat tersebut haruslah segera diserahkan kepada UMNO dan sekiranya pada PRU yang akan datang Gerakan berjaya memperoleh semula keyakinan rakyat Pulau Pinang kerusi tersebut seharusnya diserahkan kepada Gerakan mengikut perjanjian yang telah temetrai lama dahulu.

Sunday, December 20, 2009

MANUSIA LAKNAT INI BAKAL MENGHAPUSKAN NEGARA ISLAM
DAN HAK-HAK BANGSA MELAYU
MALAYSIA
Manusia Jahil bertopengkan Islam

"Demi cita-cita dan impian politiknya Agama Islam sebagai Agama rasmi negara akan digadaikan dan digantikan dengan kebebasan beragama, Hak-Hak istimewa Melayu hanya akan tinggal nama malah dijadikan sama-rata dengan bangsa yang lain, nasib rakyat porak peranda, pertelagahan dan perbalahan antara kaum menjadi agenda biasa, Reformasi jalanan menjadi juadah harian.

JANGAN PERJUDIKAN NASIB AGAMA, BANGSA, ANAK-ANAK, KELUARGA DAN NEGARA KITA HANYA KERANA ANWAR IBRAHIM!!!!!!!!!

Monday, December 14, 2009

PEMIMPIN PAS DAN KEADILAN YANG
BERAGAMA ISLAM SILA JAWAB
SOALAN RAKAN ANDA INI !!!!!!!!!!!!!!



Sekali lagi pemimpin DAP berani menyuarakan perkara yang melanggar sensitiviti umat Islam. inilah satu dari masalahnya seandainya mika-mika sekalian (pemimpin DAP) sudah berjaya menawan hati-hati para ulamak-ulamak dalam PAS sehingga mudah mereka menyoal dan memperkotak katik Agama Islam yang suci ini. siapa Nga Kok Ming (Ahli Parlimen Taiping) untuk mempersoalkan kenapa bajet untuk pembinaan masjid RM 748.26 juta untuk 611 buah masjid berbanding kegagalan kerajaan untuk menyediakan rumah ibadat bagi agama yang lain hanaya kerana bangsa lain juga adalah pembayar cukai, agak kurang hajar ayat YB Taiping ni. Barang di ingat bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi MALAYsia seperti yang diperuntukan dibawah artikel 3 perlembagaan persekutuan yang mana DYMM Yang Dipertuan Agong adalah ketua Agama Islam di negara ini. Dimanakah para ulamak-ulamak dalam PAS yang seolah-olah hilang kata-kata yang mana mereka sebelum ini umpama hero dalam menegakkan agama demi kepentingan politik mereka termasuk mendoakan PM dan ahli-ahli UMNO yang beragama Islam supaya dibinasakan hanya kerana harta dunia sahaja.
-
Pada bila ketika DAP menyoalkan isu ketuanan melayu dan isu Agama Islam, PAS dan Keadilan seolah hilang serban dan janggut untuk membidas kembali rakan Pakatan mereka kerana takut akan kehilangan rakan seperjuangan politik mereka. buang sahaja nama Islam dalam parti mereka kerana mereka tidak layak langsung untuk menggunakan perkataan Islam dalam agenda politik mereka. Para pengundi di Parlimen Taiping yang beragama islam seharusnya juga berasa malu dan hina diatas isu agama yang dibawa oleh pemimpin mereka ini. Inilah yang ditakuti boleh menimbulkan huru hara dinegara ini seperti yang digemari oleh "de-factor" PR Nuar Berahim untuk melihat negara aman makmur ini menjadi kacau bilau dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin mereka. Pada ketika inilah pintu ISA harus dibuka selebar-lebarnya untuk menyumbat kafir laknatullah kedalam supaya isu Agama tidak menjadi pertikaian dalam agenda politik mereka. Bayangkan sekiranya gerombolan Pakatan Rakyat ini memimpin negara bukan sahaja bahasa tetapi Agama Islam juga akan dijadikan gadaian kepentingan politik mereka. hamPAS......tul lah

Monday, December 7, 2009

JANGAN CABAR DAN PERSOAL
KETUANAN MELAYU!!!!!


Isu yang kembali menjentik perasaan setiap bangsa melayu di MALAYsia. Isu ketuana melayu sekali dibangkitkan oleh ahli-ahli parlimen DAP. Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang menyatakan bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) MALAYsia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) MALAYsia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) MALAYsia) klik untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkara 153 (http://www.scribd.com/doc/12312475/Artikel-153-Perlembagaan-Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial.
DAP seperti biasa akan sentiasa menyoal isu ini selagi niat dan hayat mereka tidak kesampaian. mungkin kerjasama mereka dengan presiden PKR Anwar Ibrahim (Melayu) dan PAS Hadi Awang, Nik Aziz (Juga Melayu) mampu memberikan mereka peluang untuk kembali mendapat tempat mereka seandainya mereka berjaya dalam Pilihanraya yang akan datang mungkin sekurang-kurangnya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Contoh kerajaan bayangan pembangkang). Pengundi dan Penyokong di sebelah pembangkang harus sedar segera akan satu gerakan secara senyap yang boleh membahayakan negera ini kerana gaya DAP hari ini bolehlah disamakan dengan gaya PAP (Parti tindakan rakyat) yang berjaya menjadikan Singapura sebagai hak milik mereka dengan menjadikan Bangsa Tiong Hua sebagai peneraju utama dan bangsa melayu dipinggir tak mampu bersuara. Bukan lah hendak menidakkan peranan MCA dan MIC serta Gerakan didalam BN tetapi mereka mampu boleh dikawal oleh UMNO yang mana kata sepakat berjaya dicapai dengan wujudnya konsep 1 Malaysia. 1 Malaysia adalah konsep yang dibawa oleh Y.A.B Perdana Mentei Datuk Seri Najib Tun Abd Razak untuk semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa kaum dan agama, barang di ingatkan semula 1 Malaysia adalah konsep dan bukannya 1 perlembagaan negara.

memetik kata-kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ''Isu ketuanan Melayu tidak patut diteruskan kerana bila kita cakap tentang ketuanan sesuatu bangsa sahaja, ini menunjukkan bangsa lain tidak penting. ''Sedangkan Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas) kata kita semua datang daripada satu, Adam dan Hawa. ''Dan pada saya sebelum kita Kristian, Hindu atau Muslim kita adalah manusia dahulu. Agama dan bangsa datang selepas itu dan untuk mewujudkan kedamaian kita kena layan manusia lain seperti mana kita nak orang layan kita," Pernah kita mengancam untuk menghapuskan peranan mereka? malah pelbagai bangsa bebas hidup dibumi Melayu yang bertuah ini. Jika dilihat senarai individu-individu terkaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok pertama dan Tan Sri Ananda Krishnan kedua mereka berbangsa apa? Jika bangsa Melayu menyekat ruang dan peluang mereka mampukan mereka-mereka ini berada ditempat mereka sekarang? malah setiap produk-produk yang dihasilkan sentiasa dibantu oleh bangsa utama negara ini iaitu melayu. pernahkah kami bangsa melayu memboikot barang-barang keluaran mereka? Jadi saya meminta kepada Anwar Ibrahim dan Nik Aziz menasihatkan rakan mereka agar tidak mempersoalkan ketuanan melayu. Saya juga menyeru agar mereka berdua menjawab dan membuat kenyataan segera bagi arah tuju Pakatan Rakyat adakah ingin meniru gaya Parti Tindakan Rakyat di Singapura?

Tuesday, December 1, 2009

PENJARA: "WELCOME BACK ANWAR"

1 Disember 2009 (Selasa) Mahkamah Tinggi telah menolak pemohonan untuk membatalkan pertuduhan liwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan menolak permohonan Anwar setelah mendapati laporan perubatan 'tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan zakar dalam dubur pengadu' tidak boleh dijadikan asas bagi mahkamah menggunakan kuasanya untuk membatalkan pertuduhan tanpa mendengar keterangan saksi-saksi terlebih dahulu.
Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.
tak sabar nak lihat "de-factor" PKR ni duduk dalam kandang besi balik jadi banduan tegar
DAP JANGAN BIADAP!!!!!!!



Adakah para pemimpin DAP ini sengaja untuk mengeruhkan keharmonian kaum di Malaysia. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dua orang bangsa cina yang mula menunjukkan betapa biadapnya mereka dengan memijak gambar bekas adun Pakatan Rakyat dua daripadanya melayu dan seorang sahaja dari parti dan bangsa mereka sendiri. bumi bertuah melayu ada adatnya bukan dengan cara biadap sebegitu. mereka seolah-olah meletakan kepentingan peribadi mendahului prinsip negara. ini bukan Singapura yang mana bangsa anda boleh bermaharaja rela. Bukan lah berniat untuk ke arah perkauman tetapi kebiadaban mereka ini mencerminkan sikap dan keperibadian pemimpin DAP dan mungkin Pakatan Rakyat. Mereka di DAP seolah-olah lupa diri setelah diberika 1 Negeri untuk ditadbir dan mereka menyangkakan Rakyat sentiasa boleh menerima mereka. walaupun Karpal Singh Pengerusi DAP pernah membuat kenyataan langkah mayat saya dahulu jika mahu menubuhkan negara islam para pemimpin melayu dan islam malah ahli UMNO sendiri tidak pernah memijak atau mahu membakar gambar mereka sedangkan harus bagi umat islam menentang kezaliman orang-orang kafir bagi menegakkan Islam. barang kali mereka mahu mengembalikan sikap komunis mereka yang pernah menghuru harakan negara. lagak Chin Peng moden yang mereka guna ini tidak mustahil negara akan kucar kacir dan musnah, keharmonian yang dinikmati akan tinggal memori sahaja. sebagai salah seorang rakyat MALAYsia saya amat kecewa dengan sikap biadap dan kurang hajar ibarat membela khinzir di negara sendiri, nak dimakan tak boleh, tapi pembawa penyakit ade le...