Monday, December 21, 2009

Terima hakikat sementara yang mana rakyat Pulau Pinang perlukan UMNO

Parti gerakan haruslah memandang perkara atau cadangan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dibawah pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai satu langkah proaktif bagi mengembalikan sokongan semula kepada Barisan Nasional. Memandangkan Ketua Pembangkang bagi Barisan Nasional didalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah Datuk Azhar Ibrahim dari parti UMNO, ini sudah cukup membuktikan bahawa UMNO sahaja yang akan mampu membantu dalam menyalurkan serta menyuarakan pandangan dan gesaan rakyat tika sidang DUN Pulau Pinang berlangsung. Gerakan seharusnya menerima hakikat bahawa UMNO harus diberikan mandat selaku Pengerusi Barisan Nasional sementara Gerakan berjaya memperoleh semula sokongan padu daripada rakyat Negeri Pulau Mutiara itu memandangakan 11 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen dimiliki oleh UMNO dan tiada 1 kerusi pun diwakili oleh parti dalam gabungan Barisan Nasional yang lain setelah Gerakan (13 Kerusi), MCA (10 Kerusi) dan MIC (2 kerusi) tumbang kepada parti lawan pada PRU yang baru lalu. Majoriti tersebut sudah cukup untuk memberikan kouta pimpinan Barisan Nasional Pulau Pinang kepada UMNO. Memandangkan semua Adun Barisan Nasional di Pulau Pinang ini diwakili oleh UMNO dan seharusnya Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional membuat keputusan sewajarnya demi Rakyat Pulau Pinang sesuai dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Manadat tersebut haruslah segera diserahkan kepada UMNO dan sekiranya pada PRU yang akan datang Gerakan berjaya memperoleh semula keyakinan rakyat Pulau Pinang kerusi tersebut seharusnya diserahkan kepada Gerakan mengikut perjanjian yang telah temetrai lama dahulu.

No comments:

Post a Comment