Tuesday, December 22, 2009

KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KELANTAN
LETAK JAWATAN

Gara-gara tertekan dengan isu yang berkaitan dengan dirinya berhubung status perkahwinan kedua beliau dengan Ilyani Mohd. Noor, 30 setelah kedua pasangan ini didapati berkahwin secara tidak sah pada 26 Disember 2008 di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor. Setelah isu tersebut mendapat liputan meluas media Dr Rosli Allani, 35 yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan bekas pegawai khas Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa telah melepaskan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Mengikut rekod Dr Rosli Allani juga antara yang kuat bersuara mendesak supaya menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ir. Abdul Ariffahmi Abd. Rahman segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Beliau mendakwa menjadi menjadi mangsa sindiket perkahwinan diuruskan oleh seorang bekas imam muda yang memberikan sijil dan kad perkahwinan tidak didaftarkan.
Berita ini terhasil apabila permohonan mentua kedua beliau Mohd. Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan untuk membatalkan perkahwinan pasangan tersebut kerana percaya perkahwinan yang berlangsung di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.

No comments:

Post a Comment