JANGAN CABAR DAN PERSOAL
KETUANAN MELAYU!!!!!
Isu yang kembali menjentik perasaan setiap bangsa melayu di MALAYsia. Isu ketuana melayu sekali dibangkitkan oleh ahli-ahli parlimen DAP. Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang menyatakan bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) MALAYsia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) MALAYsia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) MALAYsia) klik untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkara 153 (http://www.scribd.com/doc/12312475/Artikel-153-Perlembagaan-Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial.

memetik kata-kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ''Isu ketuanan Melayu tidak patut diteruskan kerana bila kita cakap tentang ketuanan sesuatu bangsa sahaja, ini menunjukkan bangsa lain tidak penting. ''Sedangkan Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas) kata kita semua datang daripada satu, Adam dan Hawa. ''Dan pada saya sebelum kita Kristian, Hindu atau Muslim kita adalah manusia dahulu. Agama dan bangsa datang selepas itu dan untuk mewujudkan kedamaian kita kena layan manusia lain seperti mana kita nak orang layan kita," Pernah kita mengancam untuk menghapuskan peranan mereka? malah pelbagai bangsa bebas hidup dibumi Melayu yang bertuah ini. Jika dilihat senarai individu-individu terkaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok pertama dan Tan Sri Ananda Krishnan kedua mereka berbangsa apa? Jika bangsa Melayu menyekat ruang dan peluang mereka mampukan mereka-mereka ini berada ditempat mereka sekarang? malah setiap produk-produk yang dihasilkan sentiasa dibantu oleh bangsa utama negara ini iaitu melayu. pernahkah kami bangsa melayu memboikot barang-barang keluaran mereka? Jadi saya meminta kepada Anwar Ibrahim dan Nik Aziz menasihatkan rakan mereka agar tidak mempersoalkan ketuanan melayu. Saya juga menyeru agar mereka berdua menjawab dan membuat kenyataan segera bagi arah tuju Pakatan Rakyat adakah ingin meniru gaya Parti Tindakan Rakyat di Singapura?
No comments:
Post a Comment