Wednesday, October 7, 2009

KENAPA PENGUNDI BAGAN PINANG HARUS PILIH
DATUK SERI UTAMA TAN SRI MOHD ISA BIN HJ. ABD SAMAD

Pada tarikh 11 Oktober 2009 hari Ahad bersamaan 22 Syawal 1430 hijrah pengundi di Dun Bagan Pinang haruslah memilih calon Barisan Nasional. Memang Barisan Nasional tidak mampu menjanjikan syurga kepada pengundi kerana itu adalah kuasa Allah s.w.t. Menyebut nama Tan Sri Isa sahaja pasti kita akan terkenang bagaimana keupayaan insan ini pada ketika bertanding di Dun Linggi pada tahun 1978 kira-kira 31 tahun yang lalu pada usia 29 tahun sehinggalah beliau diletakkan sebagai calon di Parlimen Jempol yang mana kawasan tersebut bukan kawasan beliau, tetapi akan kehebatan dan jasa-jasanya kepada rakyat di Negeri Sembilan dalam 22 tahun pemerintahannya sebagai Menteri Besar beliau menang mempertahankan kerusi Barisan Nasional di Perlimen Jempol.
Insan ini juga pernah menumbangkan Dr. Rosli Yaakub pada tahun 1999 di DUN Linggi yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan pada ketika itu. Minggu ini beliau sekali lagi di takdirkan bertarung dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan kali ini disandang oleh Zulkefly Mohamad Omar. PAS pada Pilihan Raya Umum yang lalu bertanding di 13 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen di Jelebu dan Tampin, keputusannya PAS dibelasah teruk oleh UMNO yang menjadi lawan mereka di 12 kerusi kecuali 1 kerusi N25 Paroi yang menyaksikan satu-satunya kerusi tunggal PAS di DUN Negeri Sembilan. Malah Insan dari PAS yang bertanding di Dun Bagan Pinang kali ini juga sudah 2 kali tersungkur di DUN Lenggeng yang merupakan kampung halamannya yang menyaksikan pada 2004 beliau tewas kepada Ybhg Dato Hj Ishak Ismail yang juga Ketua UMNO Bhg Seremban dengan 3,942 majoriti kemudian sekali lagi mencuba nasib pada tahun 2008 menyaksikan beliau tewas kepada YB Mustafa Salim yang merupakan AJK UMNO Bhg Seremban sahaja pada ketika itu dengan majoriti 1.285.
Kali ini beliau berharap untuk berjaya seperti Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang menang di DUN Permatang Pasir walaupun sudah 2 kali tewas pada pilihanraya sebelum itu. Negeri Sembilan bukanlah kubu PAS tetapi tempat dimana PAS paling banyak tewas di dalam kerusi DUN. Pengundi Bagan Pinang harus sedar kempimpinan Barisan Nasional yang di tunjangi oleh UMNO telah banyak memajukan Negeri ini terutama Bandar Port Dickson yang semua telah tahu Bandar Port Dickson telah dijadikan Bandar tentera darat selain dari Bandar Pelancongan.
Justeru pemilihan Tan Sri Isa amat penting dalam memberhentikan tsunami politik yang melanda negara pada 2008 yang lalu yang menyebabkan pembangkang hari ini bongkak dan sering menghuru harakan negara dengan berhimpun dijalanan, berbaring di atas jalan, menghina Raja Melayu dan pelbagai protes dengan menggunakan saluran yang salah. Kita sama-sama nantikan keputusan nya Ahad ini. Dan persoalan yang bermain kini apakah DUN Ampangan juga akan mengalami Pilihanraya Kecil? sama-sama kitan tunggu

No comments:

Post a Comment