Thursday, October 29, 2009

"WELCOME TO OUR CLUB"
YB PELABUHAN KLANG


Pendirian dan tindakan yang hebat telah dilakukan oleh Yb Badrul Hisham Abdullah di atas keberanian nya keluar daripada PKR atas sebab hilang kepercayaan kepada PKR terutama pimipinan PKR Nasional Brader Anwar Ibrahim dan sahabat bersongkok sendeng Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga pemimpin recycle UMNO. Pelbagai spekulasi timbul sejak kebelakangan ini apabila MB Selangor telah berulang-ulang kali menyarankan Badrul meletakkan jawatan bagi membolehkan PKR meletakan calon mereka yang baru dan terus menghabiskan wang rakyat untuk mengadakan Pilihanraya Kecil yang baru di kawasan tersebut. Pendirian Yb Badrul demi kepentingan rakyat kerana terang-terangan didalam PKR sentiasa memilih bulu dalam melakukan sesuatu urusan, lihat saja di Sabah contohnya 2 pemimpin tertinggi PKR negeri telak meletakan jawatan cuma masih belum mahu keluar PKR.
Senario di Pelabuhan Klang juga hampir sama apabila PKR negeri telah meletakan wakil MB iaitu setiausahanya sebagai peneraju Pusat Khidmat Rakyat dan hal ini telah membelakangi YB Pelabuhan Klang dan perkara ini juga amat tidak disenangi oleh orang kuat PKR dikawasan tersebut kecuali ketua-ketua kampung yang dilantik oleh MB. Malah peruntukan untuk kawasan Pelabuhan Klang juga disekat dan ini menimbulkan permasalahan untuk membangunkan kawasan yang boleh dikatakan penting di negara ini kerana menempatkan sebuah Pelabuhan terbesar negara sehingga beliau sebagai Adun PKR terpaksa memohon bantuan Kerajaan Pusat dan perkara ini tidak mustahil apabila beliau memilih untuk menyokong Kerajaan Barisan Nasional.
Keraguan Yb Pelabuhan Klang ini juga ada sebabnya yang perlu dilihat oleh semua ahli PKR. Pendirian tidak jelas Anwar Ibrahim menjadi punca keretakan dalaman PKR. Beliau tidak bebas membuat keputusan sebaliknya perlu merujuk kepada beberapa muka penting didalam PKR terutama Sdr Azmin Ali. Permasalahan sosial Pemimpin Agung Keadilan ini juga sering menimbulkan keraguan buat beberapa pemimpin PKR dan yang terbaru berhubung dengan cubaan penangguhan kes beliau terhadap kes liwatnya. Kenyataan bercanggah MB Selangor dengan bukti berhubung dengan surat tunjuk sebab yang dikatakan tidak dijawab oleh Yb Pelabuhan Klang itu juga tidak relevan kerana pada sidang media di Hotel Vistana semalam beliau telah menunjukkan suratnya yang bertarikh 28 Ogos 2009 telah diterima beserta cop rasmi pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Agung PKR pada 2 September 2009 mungkin MB Selangor terlupa untuk membacanya.
Memetik kata-kata ketua pembangkang Dun Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, tindakan Abdul Khalid itu adalah helah semata-mata bagi membolehkan Anwar meletakkan calon pilihannya bertanding di kerusi itu jika kosong. Katanya, Badrul Hisham wajar keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membuktikan beliau tidak mengalami masalah mental seperti didakwa.

No comments:

Post a Comment