Tuesday, October 6, 2009

KEMELUT DALAM MCA BERTERUSAN
SALAH SIAPA?





Kemelut didalam MCA berterusan dengan terbitnya Menifesto sempena Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) oleh Datuk Seri Chua Soi Lek di tengah-tengah kehangatan Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang. seharusnya pada ketika ini kedua-dua pemimpin tertinggi MCA ini harus berada di Bagan Pinang untuk membantu kempen pilihanraya Barisan Nasional bagi menawan hati 5.54 peratus kaum Tiong hua yang dijangka menjadi undi penentu. Polemik perbalahan yang berpanjangan amat menggusarkan memandangkan kedua-dua tokoh ini mempunyai pengaruh dan pengikut yang cukup kuat malah ada pemerhati meramalkan seandainya kedua-dua tokoh ini bersatu MCA akan menjadi kukuh dan jitu. sesudah pemilihan MCA baru lalu pelbagai isu timbul bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan dari satu masalah hingga lah ke masalah yang terbaru penyediaan Menifesto menjelang EGM.


bermula dari kemenangan Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA menewaskan calon Presiden Datuk Ong Ka Chuan, beliau di label sebagai "politikus kitar semula" dan yang "tercalar" dek kerana skandal seksnya Timbalan Presiden yang memenangi jawatan tersebut dengan meraih 1115 undi terus dipinggir daripada parti tanpa sebarang jawatan dalam kebinet dan jawatankuasa MCA. Sejak dari hari itu lah timbulnya pelbagai tanggapan negatif dan cakap-cakap kosong yang kurang enak di dengar. kemuncak pertikaman dalaman MCA terhasil apabila Datuk Seri Chua Soi Lek mendakwa pihak pakatan rakyat ada menghubungi beliau yang menyebabkan Barisan Nasional melantik beliau sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional bagi memastikan beliau masih boleh menyumbang bakti di dalam Barisan Nasional setelah beliau tidak mempunyai sebarang peranan dalam Jawatankuasa MCA selain dari jawatan hakiki yang dimenanginya, hal berterusan dengan Jawatankuasa Disiplin MCA memanggil beliau berhubung dengan skandal seksnya yang dah 4 tahun berlalu serta dengan pendedahan berani Presiden MCA berhubung dengan penyelewengan dalam Port Klang Free Zone (PKFZ) yang masih dalam siasatan SPRM.


Seruan rakyat terutama ahli parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional MCA adalah melihat kedamaian timbul didalam MCA walaupun pelbagai isu yang timbul demi menyahut gesaan Pengerusi Barisan Nasional supaya semua parti dan rakyat bersatu dibawah slogan 1 Malaysia. DAP semakin bermaharajalela di kawasan jajahannya dan diharap dengan kedamaian yang harus dicari bagi menyelamatkan MCA dari terus tenggelam dengan arus DAP dan usahlah hanya menyalahkan Parti gabungan Barisan Nasional yang lain terutama UMNO berhubung dengan masalah dalaman mereka. Bersatulah demi negara, Demi Barisan Nasional dan perangilah PR secara bersama.


No comments:

Post a Comment