Monday, October 26, 2009

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA BERANI ATAU TIDAK?





Berani atau tidak para jawatankuasa PAS pusat untuk memutuskan samaada mereka menerima pakai saranan Tok Guru Mursyidul Am PAS berhubung dengan mesyuarat agong khas (EGM) PAS. setelah MCA, PPP dan UMNO sudah menyelesaikan Mesyuarat Khas PAS juga tidak mahu ketinggalan dalam membasmi segala permasalahan dalaman membabit puak erdogan dan ulama mahupun pasukan kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Presiden PAS sendiri. Berani atau tidak Tok Guru Presiden PAS yang seolah-olah boneka didalam PAS untuk memutuskan nasib dan arah tuju PAS kerana kini segalanya seolah-olah ditangan Mursyidul Am. Tuan Presiden dijangka tidak mampu membuat sebarang keputusan kerana ianya membabitkan orang-orang kanannya yang juga utusan utamanya bagi kerajaan perpaduan iaitu Timbalan Presidennya Nasharuddin Md Isa. Malah Setiausaha Agong pas yang dilantik oleh presiden Mustafa Ali dan seorang lagi orang yang lantang bersuara di Selangor Hassan Ali yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor juga turut tersenarai untuk kerja-kerja pembersihan dalam PAS

Nasharuddin Md Isa

Mustafa Ali


Hassan Ali
PAS seolah-olah membuka pekung didada sendiri dan perkara ini amatlah disukai oleh PKR yang mana memetik kata-kata Tun Mahathir, PAS juga tahu akan rahsia Anwar. setelah kronisma melanda PKR kini tumpuan bijak diarahkan kepada PAS bagi menutupi pekung PKR berhubung dengan pelantikan Pengerusi PKR negeri dan perbalahan antara orang penting PKR. Memetik percanggahan PAS di Selangor membabitkan puak ulama Hassan Ali dan puak erdogan Khalid Samad berhubung isu kuil dan arak yang diyakni mempunyai cita-cita untuk mengambil alih tampuk pimpinan PAS Selangor dari Hassan Ali.
PAS kini telah retak menanti belah malah diperingkat PAS pusat pun sudah mula menunjukkan kerenggangan antara mereka yang berjawatan, inilah masalah sekiranya ada banyak jawatan penting dalam PAS sehingga tidak tahu mana suara yang perlu didengar adakah suara Ketua Dewan Ulama PAS atau Mursyidul AM PAS ataupun Presiden PAS sendiri. Segalanya terletak kepada perwakilan PAS sendiri menentukan arah tuju parti dan persolanya mampukah mereka membuat keputusan seperti MCA yang memutuskan untuk memecat Presiden dan Timbalan Presiden mereka? apakah mereka yang perlu "dibersihkan" hanya mampu mengangguk-angguk dan bersetuju sahaja? Dan siapakah yang akan menangguk di air yang keruh? Apakah Tok guru Mursyidul Am sebenarnya yang harus dibersihkan?
sama-sama kita nanti keputusannya pada mesyuarat Khas PAS rabu ini 28.10.09 untuk memutuskan keputusan samaada mereka berani ber EGM atau tidak.





No comments:

Post a Comment