Wednesday, December 30, 2009

CADANGAN SPR BERHUBUNG DENGAN PINDAAN PERATURAN-PERATURAN PILIHANRAYA (SPR) (PERJALANAN PILIHANRAYA RAYA) 1981




Semalam pembangkang menyifatkan cadangan meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (SPR) (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 dengan memberi tempoh bertenang selama 24 jam dan penamaan calon selama tiga hari hanya membuang masa. Seperti biasa itu lah sifat pembangkang yang mana mereka tidak akan pernah setuju walaupun cadangan itu mendatangkan kebaikan malah Naib Presiden PAS yang pandai bermuka-muka Sdr Salahuddin Ayub menganggap, cadangan yang masih dalam penelitian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak masuk akal dan menganggapnya sebagai sesuatu yang remeh-temeh. Memetik kata-kata beliau "Apa yang ganasnya? Cadangan itu tidak masuk akal dan buang masa, pelik juga seolah-olah beliau lupa yang mana begitu banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pada setiap pilihanraya tidak kira sebelum atau selepas sesuatu pilihanraya berlaku. PR seharusnya memperhalusi perkara ini supaya perkara yang baik harus diterima. Cadangan ini bukan hanya mendatangkan kebaikan untuk parti pemerintah tetapi untuk semua parti yang bertanding. Jangan terlalu ego sehingga menganggap cadangan Suruhanjaya Pilihanraya itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. Pemimpin-pemimpin PR yang seharusnya berakal dalam perkara ini. Kenyataan bercanggah para pemimpin PR juga menunjukkan tiada kesepakatan dalam memberikan hujah dalam isu ini. Rakyat kini sudah semakin bijak dalam menilai dan yang paling penting isu keganasan ini sering terjadi membabitkan penyokong-penyokong pembangkang dan perkara itu mudah dilihat bagaimana sikap rakyat sebuah negeri yang ditadbir pembangkang

No comments:

Post a Comment