Wednesday, December 30, 2009

TAHUN 2010 PARTI ISLAM SEMALAYSIA BAKAL BERUBAH WAJAH

DAN BAKAL DIKENALI SEBAGAI PARTI SEKULAR MALAYSIA

Salam tahun baru 2010,

seperti yang semua sedia maklum pada tahun 2010 UMNO bakal melancarkan satu gelombang baru yang bakal di namakan "UMNO JUARA RAKYAT" yang mana program ini dilancarkan khusus bagi memperkukuhkan UMNO dimata rakyat Malaysia malah bakal memastikan semangat 1 Malaysia bakal menjalar didalam darah setiap rakyat Malaysia.

Bagi pembangkang terutama Parti Islam Semalysia juga dijangka bakal berubah wajah apabila beberapa tindak tanduk pemimpin mereka yang mula melupakan prinsip asal mereka yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam mutlak apabila menjadikan DAP sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang semua tahu bahawa DAP lah satu-satu nya parti yang beriya-iya membangkang idea tersebut. PAS sanggup menelan semua kata-kata yang pernah dilemparkan oleh pihak DAP kepada mereka dan Islam khasnya demi impian politik mereka yang bertopengkan Islam. Mengapa PAS sanggup menggunakan slogan Islam untuk semua? sedangkan Islam adalah milik umat Islam bukan untuk diguna pakai oleh penganut agama lain termasuk berceramah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran kerana hal itu seolah-olah menghina rujukan utama umat Islam tersebut.

Tindak tanduk tersebut bakal menjadikan Parti Islam Se-Malaysia boleh atau bakal dikenali sebagai Parti Se-kular Malaysia kerana nama Sekular lebih sesuai bagi menggantikan perkataan Islam yang terdapat dalam nama parti tersebut. Islam bukan untuk dipartikan atau di politikkan tetapi Islam harus sentiasa dipraktikkan dalam kehidupan seharian umat Islam walau dimana jua berada.

PAS harus segera berhentilah dari bertopengkan Islam demi agenda politik meraka

PARTI SEKULAR MALAYSIA (PAS)







No comments:

Post a Comment