Tuesday, December 22, 2009
















.
MENGAPA PETRONAS???


Hairan bin ajaib apabila Syarikat Petroleum Nasional (PETRONAS) tidak mahu menaja pasukan induk F1 Malaysia 1Malaysia 1F1 Team (Lotus 1MF1T) dalam perlumbaan Formula 1 musim hadapan sebaliknya PETRONAS memaklumkan mereka akan menaja pasukan Mercedes GP atau bakal dikenali sebagai Mercedes GP Petronas tahun hadapan. Menurut sumber didalam PETRONAS mereka menaja Mercedes GP adalah kerana melihat reputasi dan imej pasaran global yang dimiliki pengeluar kenderaan dari Jerman itu lebih berpotensi dari segi penjenamaan berbanding pasukan baru dari Malaysia, Lotus 1MF1T. Kenyataan ini seolah-olah merendah-rendahkan kemampuan pasukan Lotus 1MF1T yang diketuai oleh Datuk Seri Tony Fernandes.

Apa yang menghairankan Syarikat induk Petroleum negara itu seolah-olah mementingkan penjenamaan mereka berbanding saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bahawa penubuhan pasukan ini adalah selaras dengan konsep 1 Malaysia dan bakal mengetengah idea 1 Malaysia dan nama Malaysia ke seantero dunia.

Kredibiliti PETRONAS kini boleh dipertikaikan kerana mereka seolah-olah tidak melambangkan semangat kenegaraan tetapi lebih mementingkan keuntungan. Saban hari pengguna minyak PETRONAS dan rakyat Malaysia menantikan permulaan F1 tahun 2010 bagi memperlihat kerjasama antara PETRONAS dan Lotus 1MF1T, namun jangkaan peminat meleset sama sekali malah kenyataan PETRONAS bahawa "Kami juga tidak terikat dengan mana-mana pasukan atau entiti negara walaupun syarikat perbadanan ini merupakan hak milik kerajaan Malaysia," Ayat baris akhir kenyataan ini sudah cukup menyatakan bahawa PETRONAS adalah hak milik kerajaan Malaysia dan pasukan Lotus 1MF1T adalah milik Malaysia kerana urusan pasukan dan bajet RM 308 juta untuk pasukan Lotus 1MF1T akan diuruskan sendiri oleh 1Malaysia F1 Team Berhad. Tempoh hari kerajaan seharusnya menamakan Pengerusi PETRONAS Tan Sri Mohd Hassan Merican menyertai Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun, SM Nasarudin SM Nasimuddin sebagai salah seorang daripada ahli lembaga pengarah 1MF1T bagi memastikan penajaan PETRONAS tidak terlepas kepada pasukan luar.
Adakah ini satu tanda protes PETRONAS yang seolah-olah tidak menyokong konsep 1 Malaysia kerajaan ataupun ada bersangkut paut dengan Royalti Minyak Kelantan, Wallahuallam.........








No comments:

Post a Comment