Monday, December 28, 2009

MENANTIKAN DETIK PELANCARAN "UMNO JUARA RAKYAT"

Pada tahun 2010 YAB Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohd Najib Bin Tun Abd Razak akan melancarkan program tersebut bagi memberi petanda serius bahawa UMNO kini telah kembali untuk mempertahankan tampuk pemerintahan negara. Program Rasakasa ini dilihat sebagai satu gerakan untuk UMNO kembali menawan hati pengundi melayu kerana program ini akan melibatkan bidang ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya supaya UMNO dilihat lebih bersemarak dan bertenaga. Namun belum pun lagi program ini dilancarkan geng PR sudah mula kepanasan apabila berkata program ini haruslah menggunakan duit UMNO dan bukannya duit rakyat, walhal kalian dalam PR terutama PAS dan Keadilan memeras derma dari penonton-penonton setia ceramah-ceramah mereka bagi menampung kantung para ketua dan ahli ulamak mereka. lihat sahaja pada ceramah-ceramah PAS dan PR serta blog-blog Penyokong PR sudah pasti ada ruangan menderma untuk mereka memperoleh duit penyokong mereka yang juga rakyat untuk kepentingan diri sendiri. secara senyap-senyap. PR seharusnya mencerminkan diri sendiri sebelum lantang menuduh UMNO penipu rakyat. Lihat sahaja apa yang Anwar Ibrahim janji di Kg Buah Pala di Pulau Pinang? Apa yang Nik Aziz janji hukum hudud di Kelantan? sehingga hari ini masih belum terlaksana jumlah itu hanya sebahagian sahaja malah keegoan mereka makin bungkam apabila DAP kini mula mengorak langkah setapak demi setapak dalam PR dengan satu agenda tersembunyi Malaysia-Malaysia, Malaysia negara sekular dan mereka juga dalam proses menjadikan PAS Parti Islam Semalaysia sebagai Parti Islam Sekular Malaysia. UMNO akan kembali kelandasan yang benar sekiranya program ini mampu membantu kaum melayu khasnya UMNO akan kembali menjadi pilihan pengundi melayu. Siapa yang mampu mempertahankan melayu di Pulau Pinang dan Perak? Jawapan sudah pasti UMNO kerana kini para penyokong PR mula melihat ada sesuatu yang tidak kena pada ketika mereka berkerjasama dengan DAP.





1 comment:

  1. SLM ZIARAH BRO..MMG TAK SABAR NAK TUNGGU PELANCARAN YG BAKAL DI RASMIKAN OLEH DS NAJIB. SAMA2LAH KITA MENGHAYATI ERTI PERJUANGAN YG SEMAKIN MELUAP2 DI KALANGAN BLOGGER2 JALANAN. SALAM PERJUANGAN!

    ReplyDelete